Tanya Care Advisor Tenteram
Hubungi care advisor kami untuk perbincangan keperluan penjagaan keluarga anda. Isi borang ringkas di bawah dan kami akan respon dalam 30 minit waktu pejabat.
Percuma, tanpa komitmen. Care advisor akan membantu anda memahami pilihan caregiver, jururawat, atau pusat jagaan yang sesuai dengan situasi keluarga.
Apa yang berlaku selepas anda isi borang
- 1 Care advisor menghubungi anda melalui WhatsApp atau telefon dalam 30 minit waktu pejabat.
- 2 Perbincangan ringkas (15 hingga 30 minit) untuk memahami keperluan keluarga anda.
- 3 Kami cadangkan caregiver, jururawat, atau pusat jagaan yang sesuai berserta anggaran kos.
- 4 Tiada tekanan. Anda boleh ambil masa untuk mempertimbangkan tanpa sebarang komitmen.
Borang Pertanyaan
Isi 5 medan ringkas. Care Advisor kami akan respon dalam 30 minit waktu pejabat (Isnin–Jumaat, 8 pagi – 6 petang).
Lebih selesa sembang? WhatsApp kami terus, biasanya respons dalam 30 minit.
WhatsApp SekarangKenapa Berbincang dengan Care Advisor Sebelum Memulakan Penjagaan
Memilih jenis penjagaan warga emas bukan keputusan yang mudah. Setiap keluarga mempunyai situasi berbeza, sama ada dari segi keadaan kesihatan warga emas, susun atur rumah, bajet, atau ketersediaan ahli keluarga. Cadangan yang sesuai untuk satu keluarga belum tentu sesuai untuk keluarga lain.
Care advisor Tenteram membantu anda memahami pilihan yang ada sebelum membuat keputusan. Kami berbincang tentang keperluan harian warga emas (ADL), tahap mobiliti, ubat-ubatan, dan situasi keluarga. Berdasarkan maklumat ini, kami cadangkan sama ada anda memerlukan caregiver untuk bantuan harian, jururawat berdaftar untuk penjagaan perubatan, respite care untuk rehat sementara, atau pertimbangan pusat jagaan.
Perbincangan ini bukan jualan. Care advisor tidak akan memaksa anda mengambil perkhidmatan Tenteram. Jika cadangan yang sesuai adalah pusat jagaan dan bukan caregiver di rumah, kami akan beritahu anda. Matlamat kami adalah membantu keluarga membuat keputusan yang tepat untuk warga emas yang disayangi.
Selepas perbincangan, anda akan menerima cadangan jenis perkhidmatan, jadual, dan anggaran kos yang jelas. Tiada tekanan untuk membuat keputusan segera. Banyak keluarga mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk berbincang dengan ahli keluarga lain sebelum memutuskan.
Soalan Lazim
Apa yang berlaku selepas saya isi borang?
Care advisor Tenteram akan menghubungi anda melalui WhatsApp atau telefon dalam tempoh 30 minit pada waktu pejabat (Isnin–Jumaat, 8 pagi hingga 6 petang). Untuk borang yang dihantar selepas waktu pejabat, kami akan respon pada awal pagi hari bekerja berikutnya.
Perbincangan awal biasanya mengambil masa 15 hingga 30 minit untuk memahami situasi keluarga anda.
Adakah saya wajib mengambil perkhidmatan selepas perbincangan?
Tidak. Perbincangan dengan care advisor adalah percuma dan tanpa sebarang komitmen. Anda boleh menggunakan maklumat dan cadangan kami untuk membuat keputusan pada bila-bila masa yang sesuai, sama ada bersama Tenteram atau mencari pilihan lain.
Siapakah care advisor Tenteram?
Care advisor kami adalah pasukan yang berpengalaman dalam padanan caregiver dan jururawat dengan keluarga di Malaysia. Mereka memahami pelbagai situasi penjagaan warga emas dan boleh memberi cadangan berdasarkan pengalaman menempatkan ratusan caregiver bersama keluarga.
Apakah maklumat yang patut saya sediakan?
Tidak perlu menyediakan apa-apa khusus. Cukup beritahu kami sedikit tentang keadaan warga emas, kawasan tinggal, dan bila perkhidmatan diperlukan. Care advisor akan bertanya soalan susulan untuk memahami keperluan dengan lebih jelas.
Bolehkah saya hubungi terus melalui WhatsApp?
Ya. WhatsApp adalah cara terpantas untuk menghubungi kami. Klik butang WhatsApp di halaman ini atau hubungi terus di +6017-202 0030. Respon biasa dalam 30 minit waktu pejabat.