Harga Caregiver Warga Emas 2026
Kadar caregiver terlatih Tenteram mengikut sesi. Semua harga termasuk proses saringan, pengesahan sijil, dan sokongan koordinator sepanjang perkhidmatan.
Struktur Harga
Sesi 4 Jam
RM180Bantuan ADL penuh: mandi, berpakaian, toileting, mobiliti, transferring, feeding, dan companionship. Kadar RM45 sejam.
Sesi 8 Jam
RM330Skop sama dengan sesi 4 jam pada kadar lebih rendah, RM41.25 sejam. Sesuai untuk keluarga yang keluar bekerja sepanjang hari.
Pakej Bulanan (26 hari x 8 jam)
RM5,200Caregiver yang sama setiap hari pada kadar efektif RM25 sejam, kadar terendah kami. Termasuk laporan berkala kepada keluarga.
Live In Care
RM5,500 - RM6,500/bulanCaregiver tinggal bersama untuk pengawasan sepanjang hari. RM5,500 untuk pesakit biasa, RM6,500 untuk pesakit terlantar.
Lokasi dalam lingkungan 30 km termasuk dalam harga. Melebihi 30 km dikenakan RM0.80/km. Tol dan parking ditanggung pelanggan.
Apa yang Menentukan Harga Caregiver
Tiga faktor utama menentukan kos caregiver: tahap penjagaan yang diperlukan, tempoh setiap sesi, dan kekerapan tempahan. Penjagaan ADL asas berkadar RM45 sejam untuk tempahan walk-in. Pesakit terlantar yang memerlukan bed bath, repositioning, dan pemantauan kulit berkadar lebih tinggi, RM75 sejam, kerana beban kerja fizikal dan kemahiran yang diperlukan. Tempahan yang lebih panjang dan tetap menikmati kadar sejam yang lebih rendah, sehingga RM25 sejam untuk pakej bulanan.
Dari segi perbandingan pasaran, agensi berdaftar seperti Homage Malaysia mengenakan kadar sekitar RM45 sejam untuk caregiver terlatih, sama dengan kadar walk-in Tenteram. Direct hire melalui kenalan pula mungkin lebih murah pada RM15 hingga RM25 sejam, tetapi tanpa saringan latar belakang, jaminan penggantian, atau penyeliaan berkala. Kadar Tenteram ditanda aras terus dengan agensi established supaya anda mendapat kualiti agensi pada harga pasaran.
Sekiranya anda masih mempertimbangkan tahap penjagaan yang sesuai, caregiver asas sudah mencukupi untuk warga emas yang masih boleh bergerak sendiri tetapi memerlukan bantuan ADL seperti mandi, berpakaian, dan feeding. Apabila keperluan perubatan meningkat kepada prosedur klinikal seperti pengurusan luka atau tube feeding, jururawat berdaftar diperlukan dan harga ditentukan selepas assessment. Untuk pecahan kos yang lebih terperinci mengikut tahap keperluan, rujuk panduan kos caregiver kami.
Harga tertakluk kepada keperluan spesifik. Dapatkan quotation yang tepat.
Tidak pasti apa yang anda perlukan?
Care advisor kami sedia membantu. Beritahu keadaan anda dan kami akan cadangkan pelan penjagaan yang sesuai. Tiada sebarang komitmen diperlukan.
Respons dalam 2 jam pada waktu operasi