Harga Perkhidmatan Tenteram
Harga telus tanpa caj tersembunyi. Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Semua pakej termasuk saringan caregiver dan sokongan koordinator.
| Servis | Pakej | Harga |
|---|---|---|
| Personal Care Grooming Mandi, dandanan dan gunting rambut di rumah. | One-off (maksimum 2 jam) | RM180/sesi |
| Elderly Care / Wellness Care (ADL) Bantuan aktiviti harian: mandi, berpakaian, makan, mobiliti. | 4 jam | RM180 |
| 8 jam | RM330 | |
| Bulanan (26 hari x 8 jam) | RM5,200 | |
| Companion Care / Medical Escort Pendampingan dan teman ke temujanji hospital atau klinik. | 4 jam | RM150 |
| 8 jam | RM280 | |
| Recovery Care Penjagaan pemulihan selepas pembedahan atau discaj hospital, lawatan 8 jam sehari. | 3 hari (8 jam/hari) | RM900 |
| 7 hari (8 jam/hari) | RM1,900 | |
| Bedridden Care Penjagaan warga emas terlantar termasuk penukaran posisi dan penjagaan kulit. | 4 jam | RM300 |
| 8 jam | RM500 | |
| Bulanan (26 hari x 8 jam) | RM7,000 | |
| Hospital Sitter Penjaga menemani pesakit di wad hospital. | 4 jam | RM160 |
| 12 jam | RM450 | |
| Harian (24 jam) | RM700 | |
| Respite Care Penjaga ganti sementara supaya penjaga keluarga dapat berehat. | 4 jam | RM160 |
| 8 jam | RM310 | |
| Live In Care Caregiver tinggal bersama, penjagaan sepanjang hari. | Pesakit biasa | RM5,500/bulan |
| Pesakit terlantar (bedridden) | RM6,500/bulan |
Semua kadar adalah untuk caregiver terlatih di bawah agensi berdaftar, bukan freelance. Harga muktamad tertakluk kepada assessment keperluan individu.
Kenapa Ketelusan Harga Penting dalam Penjagaan Warga Emas
Ramai keluarga di Malaysia mula mencari perkhidmatan penjagaan warga emas tanpa gambaran jelas tentang kos sebenar. Tanpa ketelusan harga, keluarga terdedah kepada caj tersembunyi yang boleh menambah RM300 hingga RM800 sebulan kepada bil akhir. Tenteram menerbitkan semua harga di laman ini supaya anda boleh membuat perbandingan sebelum membuat keputusan.
Kos penjagaan warga emas di Malaysia bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipilih. Untuk lawatan home care oleh agensi berdaftar, kadar pasaran bermula sekitar RM45 sejam. Pakej bulanan 8 jam sehari memerlukan peruntukan RM5,200 hingga RM7,000 bergantung kepada tahap penjagaan, manakala live-in care berkisar RM5,500 hingga RM6,500 sebulan. Penempatan di nursing home pula boleh mencecah RM3,000 hingga RM7,000 bergantung kepada lokasi dan tahap penjagaan.
Beberapa bantuan kerajaan boleh mengurangkan beban kos ini. Bantuan Warga Emas (BWE) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan RM500 sebulan untuk warga emas yang layak, manakala pelepasan cukai seksyen 153(1)(b) membenarkan tuntutan sehingga RM8,000 setahun untuk perbelanjaan perubatan dan penjagaan ibu bapa. Sekiranya anda menggabungkan BWE dengan pelepasan cukai, penjimatan tahunan boleh mencecah RM12,000.
Untuk perbandingan terperinci antara kos penjagaan di rumah dan yuran pusat jagaan, baca panduan kami tentang perbandingan kos rumah vs pusat jagaan. Panduan tersebut merangkumi pecahan kos tersembunyi yang jarang dibincangkan oleh penyedia perkhidmatan lain.
Faktor yang Mempengaruhi Harga
Tahap keperluan penjagaan
Warga emas yang memerlukan bantuan perubatan tambahan seperti tube feeding atau catheter care akan mempunyai kos yang lebih tinggi.
Bilangan jam sehari
Kadar sejam menurun untuk tempahan lebih panjang. Pakej bulanan memberikan kadar sejam paling rendah berbanding tempahan 4 atau 8 jam.
Lokasi
Harga mungkin berbeza sedikit mengikut kawasan disebabkan faktor pengangkutan dan kos sara hidup tempatan.
Tempoh perkhidmatan
Komitmen jangka panjang (3 bulan ke atas) layak mendapat diskaun berbanding tempahan bulanan.
Harga tertakluk kepada assessment keperluan individu.
Dapatkan quotation tepat selepas perbincangan dengan care advisor.
Minta QuotationBandingkan dengan Harga Pasaran
Ingin tahu harga pasaran penjagaan warga emas di Malaysia? Baca panduan lengkap kami.
Tidak pasti apa yang anda perlukan?
Care advisor kami sedia membantu. Beritahu keadaan anda dan kami akan cadangkan pelan penjagaan yang sesuai. Tiada sebarang komitmen diperlukan.
Respons dalam 2 jam pada waktu operasi