Dasar Privasi

Privacy Policy. Kemas kini terakhir: 12 Ogos 2026

Dasar ini menerangkan bagaimana Tenteram Care Sdn. Bhd. (No. Syarikat 202601016217), pengendali laman https://tenteram.my, mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi anda. Kami mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

Maklumat Yang Kami Kumpul

  • Maklumat hubungan. Nama, nombor telefon, alamat emel, dan alamat penghantaran perkhidmatan.
  • Maklumat penerima jagaan. Umur, keadaan kesihatan, tahap mobiliti, keperluan ADL, dan maklumat berkaitan yang anda kongsikan semasa assessment. Maklumat ini diperlukan untuk memadankan caregiver yang sesuai.
  • Maklumat transaksi. Nombor resit, jumlah bayaran, tarikh dan status pembayaran.
  • Maklumat teknikal. Alamat IP, jenis pelayar, halaman yang dilawati, dan data penggunaan laman melalui cookies serta alat analitik.

Maklumat Kad Kredit Dan Perbankan

Kami tidak menyimpan nombor kad kredit, kad debit, CVV atau kata laluan perbankan anda. Semua pembayaran online diproses terus oleh gateway pembayaran berlesen yang kami gunakan, iaitu CHIP (CHIP In Sdn. Bhd.) dan Fiuu (Razer Merchant Services), yang mematuhi standard PCI DSS. Kami hanya menerima status pembayaran dan rujukan transaksi daripada gateway tersebut.

Tujuan Penggunaan

  • Memproses tempahan, penempatan caregiver, dan pembayaran anda.
  • Memadankan keperluan penjagaan dengan caregiver atau jururawat yang bersesuaian.
  • Menghubungi anda berkaitan jadual, laporan penjagaan, resit dan sokongan pelanggan.
  • Memenuhi kewajipan perundangan, perakaunan dan cukai.
  • Menambah baik perkhidmatan dan kandungan laman.

Perkongsian Maklumat

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda. Maklumat dikongsi hanya dengan pihak berikut, dan hanya setakat yang perlu:

  • Caregiver dan jururawat yang ditugaskan kepada anda, untuk melaksanakan penjagaan.
  • Gateway pembayaran dan institusi kewangan, untuk memproses transaksi dan bayaran balik.
  • Penyedia perkhidmatan teknikal seperti hosting, emel dan analitik, di bawah terma kerahsiaan.
  • Pihak berkuasa, apabila dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah.

Penyimpanan Dan Keselamatan

Maklumat disimpan di pelayan yang dilindungi dengan penyulitan semasa penghantaran (HTTPS) dan kawalan akses terhad kepada kakitangan yang memerlukannya. Rekod transaksi dan penjagaan disimpan selama tempoh yang dikehendaki undang-undang perakaunan Malaysia, iaitu sekurang-kurangnya tujuh tahun. Maklumat yang tidak lagi diperlukan akan dipadam atau dianonimkan.

Cookies

Laman ini menggunakan cookies untuk mengingati tetapan pelayar anda dan mengukur trafik laman secara agregat. Anda boleh mematikan cookies melalui tetapan pelayar. Sebahagian fungsi laman mungkin tidak berfungsi sepenuhnya sekiranya cookies dimatikan.

Hak Anda

Di bawah PDPA 2010, anda berhak untuk:

  • Meminta akses kepada maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda.
  • Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap.
  • Menarik balik persetujuan untuk komunikasi pemasaran pada bila-bila masa.
  • Meminta pemadaman maklumat yang tidak lagi diperlukan untuk tujuan asal.

Hantar permintaan anda ke hello@tenteram.my. Kami akan membalas dalam tempoh 21 hari bekerja.

Perubahan Dasar

Dasar ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dinyatakan di bahagian atas halaman ini. Penggunaan berterusan laman selepas sebarang perubahan bermakna anda menerima dasar yang dikemas kini.

Hubungi Kami

Tenteram Care Sdn. Bhd.
MIRAI Residences, No-3-13A, Jln Kajang Villa
43000 Kajang, Selangor
Emel: hello@tenteram.my
Telefon: 017-2020 810

Rujuk juga Dasar Bayaran Balik kami.

WhatsApp Tanya Advisor