Dasar Bayaran Balik

Refund Policy. Kemas kini terakhir: 12 Ogos 2026

Dasar ini terpakai kepada semua perkhidmatan penjagaan yang ditempah daripada Tenteram Care Sdn. Bhd. (No. Syarikat 202601016217) melalui laman https://tenteram.my, WhatsApp, atau telefon. Bayaran balik yang dinyatakan di sini merujuk kepada refund wang kepada kaedah pembayaran asal anda.

Kaedah Dan Mata Wang Pembayaran

Semua harga dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (MYR). Kami menerima kad kredit dan kad debit (Visa, Mastercard), FPX online banking, dan e-wallet melalui gateway pembayaran berlesen yang kami gunakan, iaitu CHIP (CHIP In Sdn. Bhd.) dan Fiuu (Razer Merchant Services). Gateway yang digunakan bagi sesuatu transaksi dinyatakan pada halaman pembayaran dan resit anda. Resit rasmi dihantar melalui emel selepas pembayaran berjaya.

Sesi dan pakej perlu dibayar terlebih dahulu sebelum caregiver ditempatkan, kecuali terma lain dipersetujui secara bertulis.

Pembatalan Sesi Oleh Pelanggan

Masa pembatalan Bayaran balik
48 jam atau lebih sebelum sesi bermula Bayaran balik penuh 100%
24 hingga 48 jam sebelum sesi bermula Bayaran balik 50%, atau kredit penuh untuk menjadualkan semula dalam tempoh 60 hari
Kurang daripada 24 jam, atau tiada pemberitahuan Tiada bayaran balik. Caregiver sudah ditugaskan dan slot tidak dapat diisi semula

Pakej Bulanan Dan Live-In Care

Pakej bulanan boleh ditamatkan dengan notis bertulis tujuh hari. Baki hari yang belum digunakan akan dibayar balik secara pro-rata mengikut kadar harian pakej berkenaan, ditolak hari dalam tempoh notis. Hari yang sudah dijalankan tidak layak untuk bayaran balik.

Pembatalan Atau Kegagalan Perkhidmatan Oleh Tenteram

Sekiranya caregiver tidak hadir, sesi dibatalkan oleh kami, atau perkhidmatan tidak dapat disempurnakan atas sebab di pihak kami, anda berhak memilih:

  • Caregiver gantian pada tarikh yang sama atau tarikh lain yang dipersetujui, tanpa caj tambahan; atau
  • Bayaran balik penuh 100% bagi sesi tersebut.

Aduan Kualiti Perkhidmatan

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan sesi yang telah dijalankan, hubungi kami dalam tempoh 48 jam selepas sesi berakhir. Kami akan menyiasat bersama caregiver dan koordinator. Bergantung kepada penemuan siasatan, penyelesaian boleh dalam bentuk sesi gantian percuma, bayaran balik separa, atau bayaran balik penuh.

Perkara Yang Tidak Layak Bayaran Balik

  • Sesi yang telah disempurnakan mengikut skop yang dipersetujui.
  • Caj perjalanan, tol dan parking yang telah ditanggung caregiver.
  • Pembatalan disebabkan keadaan di luar kawalan kedua-dua pihak seperti bencana alam, banjir, atau arahan pihak berkuasa. Dalam keadaan sebegini, sesi akan dijadualkan semula tanpa caj tambahan.

Cara Memohon Bayaran Balik

  1. Emel hello@tenteram.my atau WhatsApp 017-2020 810.
  2. Sertakan nombor resit, tarikh sesi, dan sebab permohonan.
  3. Kami akan mengesahkan penerimaan dalam tempoh dua hari bekerja dan memaklumkan keputusan dalam tempoh lima hari bekerja.

Tempoh Pemprosesan Bayaran Balik

Bayaran balik yang diluluskan dikembalikan ke kaedah pembayaran asal. Bayaran kad kredit atau kad debit mengambil masa 7 hingga 14 hari bekerja untuk dipaparkan dalam penyata anda, bergantung kepada bank pengeluar. Bayaran balik FPX dan e-wallet biasanya selesai dalam tempoh 7 hari bekerja. Kami tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan ke atas bayaran balik.

Hubungi Kami

Tenteram Care Sdn. Bhd.
MIRAI Residences, No-3-13A, Jln Kajang Villa
43000 Kajang, Selangor
Emel: hello@tenteram.my
Telefon: 017-2020 810
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 6:00 petang

Rujuk juga Dasar Privasi dan senarai harga kami.

WhatsApp Tanya Advisor