Jururawat Di Rumah
Bila Keluarga Memerlukan Jururawat Di Rumah?
Caregiver membantu aktiviti harian. Tetapi apabila warga emas memerlukan prosedur perubatan seperti pengurusan luka, tube feeding, penjagaan catheter, atau pemantauan klinikal berterusan, jururawat berdaftar diperlukan.
Jururawat di rumah bermakna pesakit boleh menerima rawatan perubatan tanpa perlu kekal di hospital. Keperluan ini biasa timbul selepas pembedahan, semasa pemulihan stroke, bagi pesakit dengan penyakit kronik, atau untuk penjagaan palliative dan hospice.
Jururawat Atau Caregiver: Bagaimana Nak Tahu Yang Mana Diperlukan
Soalan ini timbul di hampir setiap keluarga yang menghubungi kami. Jawapannya bergantung kepada satu perkara: adakah warga emas memerlukan prosedur klinikal? Jika tugas melibatkan pengurusan luka, tube feeding, catheter care, suntikan, atau pemantauan vital signs secara berkala, hanya jururawat berdaftar yang boleh melakukannya secara sah di Malaysia. Caregiver tidak dibenarkan menjalankan prosedur perubatan ini walaupun mereka berpengalaman.
Malaysia mempunyai lebih 120,000 jururawat berdaftar di bawah Lembaga Jururawat Malaysia. Tetapi kebanyakan berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta. Jururawat yang berpengalaman dalam home nursing masih terhad kerana konteks penjagaan di rumah berbeza daripada hospital. Di rumah, jururawat bekerja tanpa pasukan sokongan segera, jadi mereka perlu lebih berdikari dalam membuat keputusan klinikal dan berkomunikasi dengan keluarga.
Keadaan yang paling kerap memerlukan jururawat di rumah termasuk penjagaan post-surgery (terutamanya pembedahan lutut, pinggul, dan jantung), pengurusan luka diabetik yang memerlukan dressing berkala, pesakit dengan catheter atau tube feeding, serta pesakit stroke yang memerlukan pemantauan klinikal semasa tempoh pemulihan awal.
Untuk memahami perbezaan ini dengan lebih jelas, baca panduan nurse di rumah yang menerangkan skop tugas, kelayakan, dan kos jururawat berbanding caregiver.
Prosedur Perubatan Yang Boleh Dilakukan
Prosedur berikut perlu dilakukan oleh jururawat berdaftar, bukan caregiver.
Pengurusan Luka Dan Dressing
Pembersihan dan rawatan luka pembedahan, luka diabetik, pressure sores, dan luka kronik. Termasuk penukaran dressing mengikut jadual.
Tube Feeding
Pemberian makanan melalui nasogastric tube (NGT) atau gastrostomy tube (PEG) bagi pesakit yang tidak boleh makan secara biasa.
Penjagaan Catheter
Pemasangan, penyelenggaraan, dan penukaran urinary catheter. Termasuk pemantauan untuk tanda-tanda jangkitan.
Pemantauan Vital Signs
Pemantauan tekanan darah, kadar nadi, suhu badan, dan tahap oksigen secara berkala.
Pemberian Ubat Dan Suntikan
Pemberian ubat melalui suntikan (IV, IM, SC) mengikut arahan doktor. Termasuk pengurusan insulin untuk pesakit diabetes.
Penjagaan Stoma Dan Suctioning
Penyelenggaraan stoma bag, oral suctioning, dan tracheostomy suctioning bagi pesakit yang memerlukannya.
Cara Mendapatkan Jururawat Di Rumah
Tanya hospital sebelum discharge
Tanya doktor atau jururawat wad sama ada pesakit boleh dirujuk untuk lawatan jururawat selepas pulang, dan dapatkan pelan rawatan bertulis.
Hubungi agensi home nursing
Bandingkan beberapa agensi dari segi prosedur yang ditawarkan, kekerapan lawatan, dan cara harga dikira (mengikut masa atau mengikut prosedur).
Semak pendaftaran jururawat
Minta bukti pendaftaran dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan sijil amalan tahunan yang masih sah.
Isi jurang dengan caregiver
Jururawat biasanya datang untuk prosedur sahaja. Untuk bantuan harian di antara lawatan, caregiver Tenteram boleh membantu di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
Perlukan bantuan aktiviti harian tanpa prosedur perubatan? Penjagaan di rumah bermula dari RM180 untuk sesi 4 jam dengan caregiver bertauliah.
Soalan Lazim Mengenai Jururawat Di Rumah
Adakah Tenteram menyediakan jururawat di rumah?
Belum. Tenteram kini menyediakan caregiver di rumah sahaja, di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Halaman ini akan dikemas kini apabila perkhidmatan jururawat tersedia.
Untuk prosedur perubatan, dapatkan jururawat berdaftar melalui hospital, klinik atau agensi home nursing. Caregiver Tenteram boleh membantu aktiviti harian di antara lawatan jururawat.
Apakah prosedur perubatan yang dilakukan oleh jururawat di rumah?
Jururawat berdaftar boleh melakukan pengurusan luka dan dressing, tube feeding (NGT dan PEG), penjagaan catheter, pemantauan vital signs, pemberian ubat melalui suntikan, penjagaan stoma, dan suctioning, mengikut arahan doktor.
Bilakah perlu jururawat berbanding caregiver?
Jururawat diperlukan apabila warga emas memerlukan prosedur perubatan seperti pengurusan luka, tube feeding, catheter care, atau pemantauan keadaan klinikal yang berterusan.
Jika warga emas hanya memerlukan bantuan aktiviti harian seperti mandi, makan, dan pendampingan tanpa prosedur perubatan, caregiver sudah mencukupi dan kosnya lebih rendah.
Bolehkah caregiver Tenteram menjaga pesakit yang juga memerlukan jururawat?
Ya, untuk bahagian bukan klinikal: aktiviti harian, kebersihan, makan, mobiliti, perubahan posisi, peringatan jadual ubat dan pendampingan. Prosedur klinikal seperti dressing luka, catheter, tube feeding dan suntikan perlu dilakukan oleh jururawat berdaftar dari hospital, klinik atau agensi lain.
Bagaimana memastikan jururawat yang diupah benar-benar berdaftar?
Minta bukti pendaftaran dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan sijil amalan tahunan yang masih sah sebelum jururawat mula bertugas. Agensi yang baik akan menunjukkan dokumen ini tanpa diminta.
Panduan Berkaitan
Tidak pasti apa yang anda perlukan?
Care advisor kami sedia membantu. Beritahu keadaan anda dan kami akan cadangkan pelan penjagaan yang sesuai. Tiada sebarang komitmen diperlukan.
Respons dalam 2 jam pada waktu operasi