Free Care Assessment

Assessment percuma oleh care advisor Tenteram untuk membantu keluarga anda menentukan tahap dan jenis penjagaan warga emas yang paling sesuai.

Termasuk perbincangan keperluan, cadangan pelan penjagaan, dan anggaran kos. Tiada komitmen diperlukan.

Assessment keperluan penjagaan Cadangan pelan penjagaan Anggaran kos terperinci Perbincangan pilihan perkhidmatan Tiada tekanan untuk membuat keputusan

Apa Yang Berlaku Semasa Free Assessment?

Free assessment adalah langkah pertama. Care advisor kami akan berbincang dengan anda untuk memahami situasi keluarga.

Kami bertanya tentang keadaan kesihatan warga emas, tahap mobiliti, keperluan bantuan harian (ADL), ubat-ubatan, serta jangkaan dan bajet keluarga. Berdasarkan maklumat ini, kami cadangkan sama ada anda memerlukan caregiver, jururawat berdaftar, atau respite care.

Selepas assessment, anda akan menerima cadangan pelan penjagaan berserta anggaran kos yang jelas. Sama ada penjagaan di rumah atau perkhidmatan lain, anda boleh mengambil masa untuk mempertimbangkan tanpa sebarang tekanan.

Cara Assessment Berfungsi

1

Isi borang atau hubungi kami

Isi borang di bawah, WhatsApp, atau telefon. Beritahu keperluan asas dan kami akan menghubungi anda.

2

Perbincangan dengan care advisor

Care advisor akan berbincang tentang keadaan warga emas, keperluan penjagaan, dan situasi keluarga. Biasanya mengambil masa 15 hingga 30 minit.

3

Terima cadangan pelan penjagaan

Kami cadangkan jenis penjagaan, jadual, dan anggaran kos yang sesuai. Anda boleh bertanya sebarang soalan sebelum membuat keputusan.

1
2
3

Jenis penjagaan yang diperlukan

Pilih jenis perkhidmatan yang anda perlukan.

Pilihan lain untuk menghubungi kami:

Soalan Lazim Mengenai Free Assessment

Apa yang dinilai semasa free assessment?

Care advisor kami akan bertanya tentang keadaan kesihatan warga emas, tahap mobiliti, keperluan harian (ADL), ubat-ubatan yang diambil, dan situasi keluarga secara keseluruhan.

Berdasarkan maklumat ini, kami cadangkan jenis penjagaan yang paling sesuai berserta anggaran kos.

Berapa lama assessment mengambil masa?

Perbincangan awal melalui WhatsApp atau telefon biasanya mengambil masa 15 hingga 30 minit. Kami akan bertanya soalan berkaitan keperluan penjagaan supaya cadangan yang diberikan tepat dengan situasi keluarga anda.

Adakah saya wajib mengambil perkhidmatan selepas assessment?

Tidak. Free assessment adalah percuma dan tanpa sebarang komitmen. Anda boleh menggunakan maklumat dan cadangan kami untuk membuat keputusan pada bila-bila masa yang sesuai.

Siapa yang mengendalikan assessment?

Assessment dikendalikan oleh care advisor Tenteram yang berpengalaman dalam penjagaan warga emas. Mereka memahami pelbagai situasi penjagaan dan boleh memberi cadangan berdasarkan pengalaman menempatkan caregiver dan jururawat bersama keluarga.