Stigma Berkaitan Penyakit Alzheimer: Cabaran dan Petua untuk Penjaga
Stigma Berkaitan Penyakit Alzheimer: Cabaran dan Petua untuk Penjaga - MalaysiaChronic Conditions
Stigma Berkaitan Penyakit Alzheimer: Cabaran dan Petua untuk Penjaga
Stigma penyakit Alzheimer boleh memberi kesan kepada penjaganya. Ketahui cabaran dan cara mengatasinya dalam artikel ini.
Tahukah anda, Hari Alzheimer Sedunia disambut setiap tahun pada 21 September? Kempen secara global ini dijadikan salah satu peluang penting untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang penyakit Alzheimer melalui perkongsian informasi yang betul dan menggalakkan lebih banyak sokongan untuk pesakit Alzheimer dan keluarga mereka.
Namun di sebalik usaha memahami penyakit ini, kita sering terlepas pandang pada titik peluh dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh tulang belakang komuniti ini—iaitu para penjaga kepada pesakit Alzheimer. Sebagai tanda penghargaan nilai mereka, mari kita mengetahui kesukaran yang mereka hadapi sepanjang penjagaan.
Statistik Penyakit Alzheimer di Malaysia
Pada tahun 2020, sebanyak 8.5% (lebih kurang 260,000) warga emas di Malaysia mengalami demensia—iaitu kemerosotan fungsi mental seperti memori dan pemikiran yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian.
Daripada jumlah tersebut, 60 atau 70 peratus merangkumi pesakit Alzheimer. Menurut Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia, bilangan itudijangka akan meningkat tiga kali ganda menjelang 2050. Demensia dan Alzheimer sering dianggap sebagai penyakit yang sama. Namun, tidak semua pesakit demensia mengidap penyakit Alzheimer. Ketahuiperbezaan antara Alzheimer dan demensia dalam artikel ini.
Stigma Penyakit Alzheimer dan Kesannya Terhadap Penjaga
Walaupun tahap kesedaran masyarakat tentang Alzheimer semakin baik berbanding sebelum ini, stigma terhadap penyakit kronik ini malangnya masih sukar untuk diatasi. Stigma boleh merujuk kepadamitosdan persepsi negatif mengenai penyakit Alzheimer, atau diskriminasi terhadap pesakitnya.
Contoh stigma yang paling biasa berlaku iaituanggapan bahawa Alzheimer merupakan sebahagian daripada proses penuaan normal, sedangkan tidak semua warga emas menghidapinya. Walaupun kebanyakan orang tua mengalami masalah memori, ia tidak semestinya menandakan Alzheimer—melainkan ia mula menjejaskan kehidupan seharian dan keupayaan untuk melengkapkan rutin asas.
Akibatnya, stigma ini mengambil remeh penyakit tersebut dan menghalang pesakit Alzheimer daripada mendapatkan diagnosis awal serta intervensi awal yang mampu untuk melambatkan kemerosotan fungsi otak.
Kesan stigma Alzheimer pada penjaga
Penjaga kepada pesakit Alzheimer juga tidak terkecuali daripada menanggung stigma daripada masyarakat sekeliling. Oleh kerana mempunyai kaitan atau hubungan dengan individu yang mengidap Alzheimer, para penjaga dan ahli keluarga turut menerima pandangan serta layanan negatif. Keadaan stigma ini dikenali sebagai‘courtesy stigma’atau‘stigma by association’.
Contohpengalaman stigma yang biasa dilalui oleh penjagakepada pesakit Alzheimer seperti:
- Dipinggirkan daripada sebarang aktiviti sosial oleh saudara mara dan rakan-rakan.
- Sering dielak dalam pergaulan dan interaksi.
- Disangka diri tidak terurus.
- Dilabel sebagai seseorang yang tiada kehidupan untuk diri sendiri.
- Topik perbualan ditukar apabila terdapat perkongsian tentang penjagaan Alzheimer.
- Dianggap leceh kerana sentiasa perlu mengutamakan pesakit Alzheimer yang dijaga.
Kesannya, sikap dan persepsi serong sebegini akanmenjejaskan keyakinan diri serta semangat penjagayang merasai mana-mana perasaan seperti berikut:
- Rasa keseorangan disebabkan kurang mendapat sokongan daripada insan terdekat.
- Malu dengan tanggapan orang ramai.
- Takut menjadi beban kepada bakal pasangan apabila berkahwin.
- Menyalahkan diri sendiri atas sebab anggapan kesusahan menjaga pesakit Alzheimer sebagai hukuman daripada Tuhan.
- Putus asa dengan prospek kehidupan.
- Mengasingkan diri daripada bersosial agar dapat elak soalan atau komen yang tidak menyenangkan.
- Kemurungan dan keresahan.
- Stress yang tinggi.
- Rasa bersalah kerana tidak berupaya memberikan kualiti penjagaan yang terbaik.
Emosi negatif di atas akan menambahkan lagi beban sedia ada penjaga yang sudah cukup berat. Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan penjaga mula menyerap dan menerima stigma Alzheimer tersebut ke dalam minda (‘affiliate stigma’).
Penjaga yang telah menjadi mangsa kepada affiliate stigma lebih berkemungkinan memilih untuk menyembunyikan simptom pesakit Alzheimer yang dijaga atas sebab ingin mengelak reaksi negatif daripada insan sekeliling. Akibatnya, pesakit Alzheimer dinafikan diagnosis atau rawatan profesional sebelum terlambat.
Cabaran Penjaga Pesakit Alzheimer
Fizikal
Penjagaan pesakit Alzheimer yang memerlukan perhatian sepenuh masa boleh memberi kesan kepada tenaga anda sebagai penjaga.
Lebih-lebih lagi bagi yang telah mencapai peringkat pertengahan dan akhir Alzheimer, keupayaan fizikal atau mobiliti semakin terhad. Mereka akan sentiasa bergantung pada anda untuksokongan fizikalapabila ingin bergerak dari satu bilik ke bilik lain dan ketika melakukan rutin seharian seperti mandi serta menyalin pakaian.
Pesakit Alzheimer juga sering mengalami sindromsundowningyang menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam. Keadaan ini turut bolehmenjejaskan kualiti tiduranda.
Mental dan emosi
Menangani kelakuan dan mood pesakit Alzheimer yang tidak dapat dijangka sememangnya akanmenguji kesabaranpenjaga. Simptom lain contohnya mengulangi perbualan yang sama dan kesukaran dalam meluahkan perasaan serta masalah komunikasi berkemungkinan boleh meningkatkantekanan mental.
Stress bercampur dengan keletihan fizikal boleh menjurus kepadacaregiver fatigueataucaregiver burnout.
Sosial
Berhadapan denganstigmadaripada saudara-mara dan masyarakat sekeliling membuatkan penjaga lebih rela menjauhi aktiviti sosial.
Kesibukan menjaga pesakit Alzheimer juga menyebabkanmasa lapang menjadi terhad. Jika terdapat lebihan masa peribadi, penjaga selalunya menggunakan waktu tersebut untuk berehat.
Hubungan dengan Pesakit Alzheimer
Mendapatkan kepercayaanpesakit Alzheimer adalah salah satu cabaran utama terutamanya bagi penjaga yang tanpa talian darah. Oleh kerana kebanyakan pesakit Alzheimer terdiri daripada warga emas, golongan ini seringkali berasa malu untuk dijaga oleh seseorang yang tidak dikenali. Ini akan membuatkan proses penjagaan menjadi lebih rumit apabila mereka sukar memberi kerjasama.
Jika anda ialah penjaga kepada ahli keluarga yang mengidap Alzheimer, gangguan memori mereka boleh menimbulkanrasa kehilanganseseorang bermakna yang anda telah kenal sejak kecil.
Beban Kewangan
Penjagaan pesakit Alzheimer melibatkan rawatan jangka panjang. Perubatan, pemeriksaan doktor, ujian diagnostik, dan perbelanjaan medikal lain yang anda perlu tanggung berkemungkinan akanmenjejaskan bajet kewangan serta simpanansedia ada.
Tips & Strategi Mengatasi Cabaran Sebagai Penjaga Pesakit Alzheimer
Praktik cara komunikasi yang sesuai
Mewujudkan suasana yang tenang adalah sangat penting agar pesakit Alzheimer berasa selesa dan ingin kekal berinteraksi dengan anda, meskipun mereka perlu mengambil masa.
Strategi yang boleh dipraktikkan dari segikomunikasi verbalseperti :
- penggunaan perkataan dan ayat ringkas.
- Bercakap perlahan-lahan dan jelas.
- mengulangi perbualan jika insan tersayang anda kelihatan ‘blur’.
- pastikan nada suara rendah dan tenang.
- memperkenalkan diri anda dalam setiap perbualan.
Dari aspekkomunikasi non-verbal, anda boleh:
- mengekalkan pandangan mata apabila berbual.
- mengelakkan pergerakan atau isyarat tangan yang agresif.
- menunjukkan ekspresi wajah yang tenang dan lembut.
Ikut rutin harian
Merancang jadual tetap merupakan langkah berkesan bagi mengekalkan struktur dalam kehidupan seharian pesakit Alzheimer. Bukan sahaja mereka akan mudah menyesuaikan diri dengan masa yang konsisten setiap hari, malah ia dapat meminimumkan kelakukan yang tidak dijangka.
Anda bolehmenyusun aktiviti fizikal pada waktu pagiagar insan tersayang anda dapatberehat pada waktu petang, dan dapat mengelakkan gangguan tidur serta sindromsundowningmenjelang malam.
Galakkan sikap berdikari melaluimemory cues
Bagi menangani masalah memori insan tersayang anda, penggunaan penanda, papan tanda, atau pelekat pada sekeliling rumah amat digalakkan. Ia bertindaksebagai peringatanyang dapat membantu pesakit Alzheimer menjadi lebih berdikari dalam pengurusan dan kebersihan diri.
Beri autonomi
Pesakit Alzheimer seringkali mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana harus bergantung pada penjaga. Ini menyebabkan mereka kehilangan kuasa untuk membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka.
Salah satu tips yang anda boleh cuba adalah denganmemberikan peluang untuk mereka membuat pilihan. Contohnya, baju mana yang hendak dipakai atau menu apa yang ingin dimakan.
Elak gangguan pada satu masa
Kesukaran untuk menumpukan perhatian oleh pesakit Alzheimer merupakan antara cabaran yang penjaga kerap alami.
Bagi mengurangkan berlakunya kehilangan fokus mereka, pastikantiada sebarang gangguan bunyi di persekitaransemasa perbualan atau waktu makanseperti televisyen atau radio. Jika perlu, bawa mereka ke ruang yang lebih senyap agar kegelisahan insan tersayang anda lebih terkawal.
Fahami Alzheimer dengan lebih mendalam
Stigma perlu diatasi denganilmu dan informasi yang betul. Terdapat pelbagai kaedah mendapatkan maklumatAlzheimerseperti melalui bahan bacaan, mengikuti kajian Alzheimer terkini, mendaftar untuk kursus dalam talian, serta memperoleh tips dari pakar kesihatan profesional dan kumpulan sokongan Alzheimer.
Dengan mendidik diri sendiri, anda akan lebih bersedia untuk memberikan penjagaan yang berkualit kepada insan tersayang anda, sekaligus dapat menyingkirkan persepsi negatif oleh masyarakat sekeliling sebanyak yang boleh.
Melakukan aktiviti bersama
Walaupun insan tersayang anda mungkin tidak lagi berupaya untuk mengenali identiti anda sebagai pasangan, anak, atau adik-beradik, meluangkan masa bersama mereka adalah cara terbaik untuk mengekalkan hubungan rapat antara anda berdua.
Aktiviti ringan seperti menunjukkan cara melipat baju dan cara membasuh pinggan mangkuk boleh menjadisesi ‘bonding’. Selain boleh menghindarkan risiko kesunyian bagi insan tersayang anda, ia juga memberi peluang untuk andacipta memori yang bermakna.
Beri ruang untuk luahan emosi
Menyimpan perasaan adalah sesuatu yang tidak sihat bagi kesihatan mental kita, terutamanya emosi yang negatif. Anda mungkin menganggap perkara ini remeh, naum jika terus dilakukan untuk jangka masa lama, ia boleh melarat kepada kesihatan fizikal anda.
Antarastrategi melepaskan strestermasuk:
- Meluahkan kepada rakan yang anda percayai
- Menulis diari atau journal
- Berjumpa dengan pakar terapi
- Menyertai kumpulan sokongan Alzheimer
- Bersenam
Dapatkan sokongan penjaga profesional.
Penjagaan pesakit Alzheimer tidak sama seperti menjaga warga emas biasa. Ia melibatkan kefahaman penyakit tersebut serta corak kelakuan pesakit secara mendalam. Menggunakan teknik penjagaan yang salah akan memudaratkan lagi keadaan insan tersayang anda.
Penjaga profesional juga mampumembantu dari segi sokongan fizikal. Ini sangat penting bagi anda yang perlu menggunakan tenaga untuk komitmen lain, contohnya mengendalikan anak-anak atau menguruskan kerja.
Kini, terdapat semakin banyak agensi yang menyediakan alternatifperkhidmatan penjagaan di rumahsepertiHomagebertujuan mengutamakan kemudahan untuk anda dan insan tersayang.
Manfaatkan bantuan kewangan.
Skim bantuan kewangan bukan sahaja mampu mengurangkan beban perbelanjaan anda untuk penjagaan Alzheimer, malah berupaya melindungi wang simpanan peribadi.
Terdapat pelbagaiperuntukan daripada pihak kerajaanyang disediakan seperti:
- Bantuan Warga Emas– RM500/sebulan bagi warga emas yang miskin tegar
- Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik Terlantar– RM500/sebulan seorang bagi penjaga pesakit kronik atau sakit terlantar
- Bantuan Am Persekutuan– Minimum RM100 hingga RM350 sebulan bagi individu atau keluarga yang kurang berkemampuan
- Bantuan Am Negeri – Kadar mengikut ketetapan kerajaan negeri masing-masing
Lain-lain bantuan kewangan boleh didapati di laman web rasmiini.
Pastikan anda menyemak ciri-ciri kelayakan dan cara permohonan terlebih dahulu. Kemerosotan daya fizikal dan mental yang dilalui oleh warga emas tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama, perbelanjaan kesihatan seperti perubatan dan kos kemasukan ke hospital semakin meningkat setiap tahun. Ketahuipelan insurans terbaik buat insan tersayang anda dalam artikel inisebagai langkah berjaga-jaga untuk masa depan anda sekeluarga.
Jaga keselamatan persekitaran
Kecederaan boleh menimbulkan reaksi yang tidak dapat dijangka oleh pesakit Alzheimer dan juga menambah beban anda sebagai penjaga.
Oleh itu, pastikan anda mengambillangkah keselamatan dalam kawasan rumah, misalnya:
- mengelakkan keselerakan atas lantai
- menetapkan suhu air mandi yang sesuai
- menyimpan bahan-bahan berbahaya dalam kabinet berkunci
- peka dengan pelan kecemasan sewaktu kebakaran
Kumpulan Sokongan bagi Penjaga kepada Pesakit Alzheimer/Demensia di Malaysia
Selain pesakit Alzheimer, para penjaga juga berhak menerima sokongan dan bantuan secukupnya untuk jangka masa panjang.
Terdapat pelbagai persatuan yang menyediakan perkhidmatan kumpulan sokongan bagi pihak penjaga untuk berkumpul. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada penjaga untuk berkongsi pengalaman serta tips berguna dalam menangani pesakit Alzheimer, malah ia juga bertujuan sebagai ‘safe space’ bagi meluahkan emosi dan tekanan yang dihadapi.
Berikut adalah saluran kumpulan sokongan penjaga serta perkhidmatan kesihatan mental yang anda boleh manfaatkan:
- Rangkaian Sokongan Penjaga Demensia Kebangsaan
- Kumpulan Sokongan Penjaga Alzheimer Pulau Pinang
- Kumpulan sokongan penjaga dinegeri-negeri lain
- Persatuan Psikiatri Malaysia
- Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
- Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental
Bantuan Penjagaan Alzheimer Bersama
Di , kami memahami cabaran dan beban tanggungjawab anda sebagai penjaga kepada pesakit Alzheimer. Oleh sebab itu, pasukan penjaga kami yang terdiri daripada pakar terlatih dan bertauliah sentiasa bersedia untuk mengambil alih peranan anda sebagai penjaga apabila diperlukan.
Bantuan penjagaan akan disesuaikan mengikut keperluan pesakit serta peringkat Alzheimer yang dihidapi. Contoh penjagaan termasuk prosedur kejururawatan, terapi fizikal, aktiviti fizikal, aktiviti rangsangan minda, peneman sosial, dan sebagainya.
Dengan penjagaan Alzheimer , pesakit dapat menikmati penjagaan dan rawatan dari keselesaan dan privasi rumah.HubungiPenasihat Penjagaankami sekarang bagi mendapatkan konsultasi mengenai pakej penjagaan yang terbaik buat insan tersayang anda! References
- Alzheimer’s Association. (n. d.).Overcoming stigma.https://www.alz.org/help-support/i-have-alz/overcoming-stigma
Alzheimer’s Disease Foundation Malaysia. (n. d.).Alzheimer’s disease.https://adfm.org.my/alzheimers-disease/
Alzheimer Society of Canada. (n. d.).What does stigma against dementia look like?https://alzheimer.ca/en/about-dementia/stigma-against-dementia/what-does-stigma-against-dementia-look
Arıca Polat, B. S., Temel, M., Kayalı, N., Bilbay, N. T. (2022). Perceived stigma against Alzheimer’s disease in the Turkish population.European Journal of Geriatrics and Gerontology, 4(1), 32-36.https://cms.ejgg.org/Uploads/Article_49666/EurJGeriatricGerontol-4-32-En.pdf
Arumugam, T. (2022, June 6). Dementia cases set to rise 312 per cent by 2050: Is Malaysia prepared?.New Straits Times.https://www.nst.com.my/news/online-special/2022/06/802683/dementia-cases-set-rise-312-cent-2050-malaysia-prepared%C2%A0
Brauer, J. (2023, May 9). What are the top 10 Alzheimer’s caregiver challenges?.AdxHealth.https://adxhealth.com/alzheimers-caregiver-challenges/
Hemala, K. (n. d.). 6 Real-life strategies on caring for a loved one with dementia. Malaysia.https://www..com.my/resources/6-real-life-strategies-on-caring-for-a-loved-one-with-dementia/
Kahn, P. V., Wishart, H. A., Randolph, J. S., & Santulli, R. B. (2016). Caregiver stigma and burden in memory disorders: An evaluation of the effects of caregiver type and gender.Current Gerontology and Geriatrics Research.https://doi.org/10.1155/2016/8316045
Muhammad Basir Roslan. (2020, September 21). Pesakit Alzheimer perlu penjagaan rapi. Astro Awani.https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesakit-alzheimer-perlu-penjagaan-rapi-260287
Nurul Nazrah Nazarudin. (2020, Jun 6). Cabaran jaga pesakit Alzheimer, tips buat ahli keluarga.HelloDoktor.https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/demensia-alzheimer/tips-dan-cabaran-jaga-pesakit-alzheimer/
Robinson, L., Wayne, M., & Segal, J. (2023, February 23). Alzheimer’s and dementia care: Help for family caregivers.HelpGuide.org.https://www.helpguide.org/articles/alzheimers-dementia-aging/tips-for-alzheimers-caregivers.htm
Su, J. A., & Chang, C. C. (2020). Association between family caregiver burden and affiliate stigma in the families of people with dementia.International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(8).https://doi.org/10.3390/ijerph17082772
World Health Organization. (2022, December 15).Supporting people living with dementia in Malaysia.https://www.who.int/westernpacific/news-room/feature-stories/item/supporting-people-living-with-dementia-in-malaysia#:~:text=It%20is%20estimated%20that%20around,Malaysia%20are%20living%20with%20dementia.
Ketahui Limfoma: Jenis, Gejala, Punca & Rawatan
Chronic Conditions
Talasemia 101: Gejala, Punca, Rawatan & Pencegahan
Chronic Conditions
9 Ovarian Cancer Myths You Need to Know
Chronic Conditions
Lung Cancer Awareness: Navigating Myths and Truths
Perlukan Bantuan Penjagaan?
Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.
Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:
- Demensia dan Alzheimer
- Strok dan pemulihan
- Diabetes dan penjagaan harian
- Penjagaan paliatif
💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.