Digigit Semut Charlie? Kenali Gejala dan Rawatan
Digigit Semut Charlie? Kenali Gejala dan Rawatan - MalaysiaSymptoms
Digigit Semut Charlie? Kenali Gejala dan Rawatan
Iklim tropika di Malaysia yang menyumbang kepada kelembapan tinggi menjadi tarikan untuk pelbagai serangga, termasuklah semut Charlie. Jika anda berasal dari kawasan timur di Semenanjung Malaysia seperti Penang, Kedah, Perlis, dan Kelantan, pasti anda tidak lagi asing dengan kehadiran serangga ini. Semut Charlie boleh mengundang masalah kulit yang parah iaitu dermatitis linearis. Ketahui lebih lanjut tentang apa itu semut Charlie dan bagaimana ia berbahaya bagi tubuh manusia.
Apakah Itu Semut Charlie?
Fakta ini mungkin akan mengejutkan anda—semut Charlie sebenarnya bukan semut, tetapi sejenis kumbang berbahaya daripada spesies genus Paederus yang turut dikenali dengan nama ‘kumbang Rove’, semut kayap, atau ‘tomcat’.
Source: commons.wikimedia.org
Rupa fizikal
Ia digelar semut Charlie kerana ia menyerupai semut yang bersaiz kecil dalam lebih kurang 1cm panjang dan terdapat warna oren/coklat serta hitam pada badannya.
Berikut adalah antara cara untuk membezakan antara semut Charlie dengan semut biasa: Semut CharlieSemut Biasa
- Saiz lebih panjang
- Saiz lebih kecil
- Warna hitam pada kepala, abdomen, dan hujung badan yang berselang-selang dengan warna oren
- Warna hitam hanya pada bahagian hujung badan
- Hujung badan runcing
- Hujung badan bulat
- Mempunyai sayap kecil
- Tiada sayap
Habitat
Semut Charlie selalunya dijumpai di kawasan yang lembap seperti sawah padi, longkang, parit, tasik, dan tebing sungai. Musim hujan merupakan keadaan ideal bagi pembiakan semut Charlie.
Namun, apabila habitat mereka terganggu atas sebab aktiviti manusia seperti pembangunan dan penuaian padi, semut Charlie ini akan meninggalkan habitatnya secara berkumpulan untuk mencari perlindungan di kawasan perumahan yang berdekatan.
Oleh sebab ia berupaya untuk terbang dan juga tertarik dengan cahaya pada waktu malam (terutamanya kampu pijar dan lampu pendarfluor), bangunan tinggi contohnya hostel atau asrama pelajar, apartment, dan kondominium sering menjadi sasaran.
Pada waktu siang pula, ia berjalan seperti semut di atas lantai. Cuaca panas dan banjir juga menjadi musim puncak bagi penghijrahan berleluasa semut Charlie ke kediaman.
Adakah Gigitan Semut Charlie Berbisa?
Hakikatnya, semut Charlie tidak berupaya untuk menggigit mahupun menyengat.
Bisanya berpunca daripada cecair dalam badannya yang mengandungi toksin berbahayaPaederin. Dikatakan toksin ini15 kali ganda lebih kuat daripada bisa ular tedung, menjadikan ia antara bisa paling toksik di dunia. Toksin Paederin hanya dihasilkan oleh semut Charlie betina sahaja.
Jika semut Charlie terpicit, tertampar, atau terlanggar kuat pada tubuh badan anda (seperti nyamuk), cecair toksin tersebut yang bersentuhan pada kulit akan mengakibatkandermatitis linearis—iaitu keradangan kulit yang sangat pedih seperti yang terjadi padakanak-kanak ini.
Keradangan ini berlaku dalam masa sekurang-kurangnya 24 hingga 48 jam selepas terdedah kepada toksin tersebut dan mengambil masa lebih dari seminggu untuk sembuh.
Gejala/Simptom ‘Gigitan’ Semut Charlie
Source: hohochie | world of buzz
Anda mungkin akan mengalami salah satu simptom berikut jika kulit anda terdedah kepada toksin semut Charlie:
- Ruam merah pada kulit
- Kulit kegatalan dan kepedihan
- Bengkak
- Gelembung air pada kulit yang boleh beransur menjadi nanah (selepas beberapa hari terdedah kepada toksin)
- Demam dan muntah-muntah
Bahagian yang terbuka seperti leher, lengan, kaki dan muka selalunya kawasan yang mudah terkena toksin semut Charlie. Reaksi kepada toksinPaederinmungkin berbeza bergantung kepada kepekatan dan tempoh pendedahan kepada toksin tersebut.
Komplikasi ‘Gigitan’ Semut Charlie
Simptom-simptom selepas ‘gigitan’ semut Charlie seperti di atas berkemungkinan akan menimbulkan komplikasi lain yang lebih memudaratkan, jika rawatan segera tidak diambil.
- Jangkitan
Dermatitis linearisjuga berupaya untuk beransur kepada jangkitan sekunder di mana ia merebak ke anggota badan lain. Contohnya, jika toksin tersebut terkena pada mata, ia berkemungkinan akan menyebabkan konjuktivitis atau ‘‘Nairobi eye’. Tanpa rawatan segera, isu kesihatan ini boleh mengakibatkan kebutaan.
- Pengelupasan kulit dan ulser
Kulit yang melepuh(blister) ialah masalah kulit yang bergelebung serta berisi air. Lama-kelamaan, ia boleh mengelupas dan menjadi ulser teruk sehingga pada tahap anda perlu dimasukkan ke wad hospital untuk penjagaan luka yang berterusan.
- Hiperpigmentasi selepas keradangan
Apabila kulit anda mengalami luka, ia akan menghasilkan lebih banyak melanin daripada biasa (melanin ialah pigmen semula jadi yang menentukan warna kulit, rambut, dan mata anda). Luka anda akan menjadi tompok berwarna coklat gelap. Kebiasaannya, individu yang berkulit gelap berisiko tinggi untuk mengalami hiperpigmentasi.
- Parut
Walaupun jarang berlaku, kulit anda mungkin akan meninggalkan kesan parut akibat reaksi daripada toksin tersebut.
Diagnosis ‘Gigitan’ Semut Charlie
Bagi mendapatkan kepastian, doktor atau pakar dermatologi anda akan melakukan biopsi kulit untuk mengetahui punca dermatitis yang dialami.
Dalam prosedur biopsi kulit, sebahagian tisu kulit anda yang terdedah kepada toksinPaederinakan diambil menggunakan alat tertentu. Sampel tisu ini kemudian akan dihantar ke makmal untuk dikaji di bawah mikroskop.
Rawatan: Apa Yang Perlu Dilakukan Jika ‘Digigit’ Semut Charlie
Jika anda menjadi mangsa kepada ‘gigitan’ semut Charlie, berikut adalah beberapa langkah rawatan yang anda boleh ambil bagi mengurangkan keterukan gejala:
- Jangan sentuh semut Charlie
Pastikan anda tidak pegang kumbang tersebut mahupun bersentuhan dengan bahagian yang telah terdedah dengan toksinnya. Anda perlu menggunakan lapik seperti kain atau tisu untuk membuangnya. Elakkan bermain dengan kumbang tersebut. Anda juga boleh meniup kumbang tersebut jika ia hinggap pada kulit anda.
- Basuh dengan sabun
Basuh kawasan kulit yang terjejas dengan air bersih dan sabun secepat yang mungkin. Oleh sebab toksin tersebut mengambil masa yang agak lambat untuk serap ke dalam kulit, anda dinasihatkan untuk tidak lengahkan basuhan.
- Tuam dengan kompres sejuk
Langkah ini bertujuan untuk meredakan bengkak atau keradangan. Anda boleh menggunakan pek ais atau tuala sejuk.
- Sapukan krim/aloe vera
Bagi mengurangkan kegatalan, krim steroid topikal boleh disapukan pada kawasan yang terkena bisa tersebut. Dari segi kaedah tradisional pula, anda turut digalakkan menyapukan aloe vera yang mempunyai banyak manfaat dalam penjagaan luka.
- Perubatan oral
Jika anda didapati mengalami jangkitan sekunder, doktor anda mungkin akan memberikan ubat-ubatan oral sebagai rawatan.
Pencegahan Semut Charlie Di Rumah
Bagi mengatasi gejala ‘gigitan’ semut Charlie, pencegahan memainkan peranan yang penting.
Antara cara-cara yang anda boleh amalkan untuk melindungi diri dan kediaman anda daripada serangan semut Charlie:
- Memakai pakaian yang menutupi tubuh badan anda supaya kurang terdedah kepada semut Charlie seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang.
- Tutup tingkap pada waktu malam dan sebelum tidur.
- Pasangkan jaring pada tingkap dan pintu agar serangga tidak mudah masuk ke dalam rumah.
- Pastikan lampu yang berdekatan tempat tidur anda dimatikan.
- Gantikan lampu terang di rumah kepada lampu yang lebih malap supaya dapat kurangkan tarikan pada semut Charlie. Kurangkan penggunaan lampu ketika waktu malam jika tidak diperlukan.
- Gunakan penyembur atau racun serangga.References
- Ahmad Farid. (2023, Mei 24). Kena gigit semut Charlie? Jangan sentuh! Bisanya boleh buat anda jadi buta!.Hello Doktor.https://hellodoktor.com/habit-sihat/pertolongan-cemas/gigitan-semut-charlie/
Bong, L. J., Neoh, K. B., Jaal, Z., & Lee, C. Y. (2015). Paederus outbreaks in human settings: A review of current knowledge.Journal of Medical Entomology, 52(4), 517–526. doi:10.1093/jme/tjv041
Daily Sabah. (2018, 27 June).Turning toxin into treatment: Turkish researchers find ‘ray of hope’ against cancer.https://www.dailysabah.com/science/2018/06/27/turning-toxin-into-treatment-turkish-researchers-find-ray-of-hope-against-cancer
Doc2Us. (n. d.).Understand the rove beetles ‘bite’.https://www.doc2us.com/understand-the-rove-beetles-bite
Ghani, M. (2019, October). Paederus dermatitis.DermNet New Zealand.https://dermnetnz.org/topics/paederus-dermatitis
Mammino J. J. (2011). Paederus dermatitis: An outbreak on a medical mission boat in the Amazon.The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, 4(11), 44–46. Retrieved fromhttps://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3225135/#:~:text=Paederus%20dermatitis%20is%20a%20peculiar,belonging%20to%20the%20genus%20Paederus
Melissa Suraya Ismail. (2022, July 27). These Malaysian college students make a burial wall for the fallen ‘Charlie ant’ soldiers.The Rakyat Post.https://www.therakyatpost.com/living/2022/07/27/watch-these-malaysian-college-students-make-a-burial-wall-for-the-fallen-charlie-ant-soldiers/
Shah, L. (2021 May 8). If you ever come across ‘Charlie ants’, don’t touch or kill it with your bare hands!.Parenthood.
10 Things to Know About Autism in Adults
Symptoms
Constipation in Seniors
Symptoms
Stay Ahead of Diabetes: Home Blood Glucose Testing 101
Symptoms
Masalah Kulit yang Biasa Dihidapi oleh Orang Tua
Perlukan Bantuan Penjagaan?
Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.
Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:
- Demensia dan Alzheimer
- Strok dan pemulihan
- Diabetes dan penjagaan harian
- Penjagaan paliatif
💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.