Penyakit Berjangkit Musim Banjir: Risiko dan Pencegahan

Penyakit Berjangkit Musim Banjir: Risiko dan Pencegahan - MalaysiaAcute Conditions

Penyakit Berjangkit Musim Banjir: Risiko dan Pencegahan

Penyakit bawaan air dan makanan biasa dialami oleh mangsa banjir ketika musim tengkujuh. Kenal pasti dan amalkan langkah keselamatan untuk menghindari penyakit-penyakit berjangkit ini.

Banjir adalah kejadian semula jadi yang ngeri untuk dihadapi terutamanya pada musim hujan dan tengkujuh. Selain masalah penempatan dan pengangkutan, risiko untuk terdedah kepada wabak penyakit berjangkit yang berbahaya juga adalah salah satu kesan buruk banjir.

Punca banjir

Di Malaysia, musim banjir kerap berlaku pada pertengahan dan juga hujung tahun. Biasanya ia melibatkan kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang, dan Pahang, serta negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan dan Terengganu. Sejak kebelakangan ini, banjir di negara kita menjadi semakin teruk seperti yang terjadi pada tahun2021.

Terdapat beberapa punca jadian manusia dan alam sekitar yang menyumbang kepada fenomena banjir seperti:

  • Hujan lebat: Sungai dan parit tidak mampu menampung kapasiti air yang tinggi sehingga melimpah ke darat. Tanah juga tidak berupaya untuk menyerap jumlah air hujan yang terlalu banyak.
  • Penebangan hutan: Pokok-pokok yang telah ditebang tidak lagi dapat menapis hujan ke tanah. Akibatnya, hakisan mudah berlaku dan air hujan lebih cepat mengalir.
  • Urbanisasi: Semakin banyak kawasan kehijauan dieksploitasi untuk tujuan pembangunan, menjadikan tanah yang dilitupi dengan konkret menghalang penyerapan air hujan.
  • Sistem perparitan tersumbat: Pembuangan sampah ke dalam parit dan longkang mengganggu laluan air dan menyebabkan air terkumpul dengan lebih cepat.
  • Perubahan iklim: Pemanasan global menghasilkan cuaca yang tidak menentu dan banjir yang tidak dijangka.

Penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang telah tercemar

Jenis penyakit yang biasa berlaku semasa dan selepas musim banjir adalah kumpulan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan.

Penyakit berjangkit bawaan air dan makanan merebakmelaluilaluan tinja-oral(Faecal-oral transmission). Anda boleh dijangkiti dengan cara pengambilan makanan dan minuman yang telah dicemari oleh sebarang bentuk kuman seperti bakteria, virus, dan parasit. Kuman atau patogen tersebut kemudian akan menyebabkankeracunan makanan.

Demam kepialu (tifoid)

Demam kepialu terhasil daripada sejenis bakteria spesifik iaituSalmonella Typhi (S. Typhi). Bakteria ini dijumpai dalam sumber makanan, minuman, dan bekalan air yang telah dicemari.

Simptom utama demam kepialu adalah demam panas yang berterusan selama beberapa hari. Jika tidak dirawat dengan segera, demam kepialu boleh mengancam nyawa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh baca semua informasi mengenai demam kepialu disini.

Disentri

Penyakit disentri adalah salah satu jenis gastroenteritis, iaitu radang pada sistem penghadaman. Lebih spesifik lagi, disentri merujuk kepada jangkitan dan keradangan pada usus yang menyebabkan cirit-birit berdarah atau berlendir.

Terdapat duajenis disentriiaitu yang berpunca daripada jangkitan bakteria (Bacillary dysentery) atau akibat jangkitan parasit (Amoebic dysentery). Contoh jangkitan disentri yang paling diketahui adalahEscherichia coli (E. coli).

Simptom disentri lain termasuk loya, muntah-muntah, dan kekejangan pada abdomen atau perut yang menyakitkan.

Taun (Kolera)

Anda berkemungkinan untuk menghidap taun jika anda termakan atau terminum sebarang sumber yang mengandungi bakteriaVibrio cholera (V. cholera).

Sebaik sahaja bakteria ini menyerang usus, ia boleh menyebabkan cirit-birit berair yang teruk sehingga hilang nutrien penting dalam badan termasuk cecair, elektrolit, sodium, dan potasium. Tanpa rawatan segera, Ini akan membawa kepada dehidrasi melampau yang berpotensi maut dalam masa beberapa jam sahaja.

Kebiasaanya, individu dijangkiti taun tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, bagi kes taun yang teruk, simptom boleh munculselepas 12 jam hingga 5 hariselepas dijangkiti.

Hepatitis A

Hepatitis A merupakan keradangan hati yang terjadi akibat virus hepatitis A. Gejala hepatitis A boleh muncul antara dua hingga empat minggu selepas dijangkiti.

Kebanyakan pesakit hepatitis A boleh sembuh sepenuhnya selepas beberapa minggu tanpa sebarang masalah; namun bagi golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan yang mengidap penyakit kronik berkemungkinan untuk beransur kepada kegagalan hati.

Untuk melindungi diri anda daripada penyakit hepatitis A, anda boleh mengambil vaksin pencegahan yang memerlukan dua dos. Dos kedua (penggalak) diberikan 6 hingga 12 bulan selepas dos pertama.

Leptospirosis

Penyakit ini berpunca daripada bakteriaLeptospirayang dijumpai dalam air kencing haiwan seperti lembu, anjing, tikus, kuda, dan lain-lain. Bakteria ini mudah merebak apabila dibawa air ketika banjir.

Anda boleh dijangkitileptospirosisjika:

  • sumber air dan makanan yang dimakan telah dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteriaLeptospira.
  • tanah atau air yang telah dicemari dengan bakteria tersebut masuk ke dalam hidung, mata, mulut, atau luka pada kulit. Mangsa banjir lebih terdedah melalui cara kerana seluruh badan mereka terjejas apabila meredah air banjir.

Antara simptom utamaLeptospirosisadalah demam panas, sakit kepala, cirit-birit, dan penyakit kuning. Jika dibiarkan, penyakit ini boleh menimbulkan penyakit kronik lain seperti kerosakan buah pinggang, kegagalan hati, meningitis, dan masalah pernafasan.

Demam denggi

Oleh kerana banyak takungan air dan sampah sarap ditinggalkan selepas banjir, pembiakan nyamuk Aedes lebih mudah berleluasa yang menyumbang kepadawabak demam denggi.

Penyakit ini merebak melalui pembawaan nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti virus denggi dan kemudian menghisap darah manusia. Simptom demam denggi biasa selalunya berterusan selama seminggu sahaja.

Jika anda pernah dijangkiti denggi lebih dari sekali, anda berisiko untuk mengidap demam denggi berdarah (DDB) iaitu tahap parah yang boleh membawa maut. Pada peringkat kritikal,Dengue Shock Syndromemungkin berlaku di mana saluran darah mengalami kebocoran plasma atau cecair yang membantu dalam pengaliran darah dan nutrien ke seluruh badan.

Demam campak

Demam campak merupakan lagi satu penyakit virus yang mudah berjangkit pada musim banjir. Anda boleh dijangkiti jika terkena titisan batuk, selsema, atau percakapan jarak dekat daripada individu yang menghidap demam campak.

Jangkitan juga boleh menular jika anda terpegang hidung, mata, atau mulut selepas menyentuh permukaan yang terdapat titisan dijangkiti tersebut. Mangsa-mangsa banjir senang terdedah kepada demam campak kerana mereka sering berada dalam jarak yang dekat antara satu sama lain sewaktu pemindahan.

Anda perlu mendapatkan vaksin demam campak sebagai langkah pencegahan untuk melindungi diri dan keluarga anda. Vaksin demam campak termasuk dalam senaraiProgram Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP)yang diwajibkan kepada setiap bayi dan kanak-kanak di negara ini.

Jangkitan kulit bawaan air banjir

Apabila badan kita direndam secara berlebihan dalam air banjir yang tidak bersih, ia boleh menimbulkan jangkitan dan radang kulit atau dermatitis. Anda turut terdedah kepada dermatitis jika tidak menukar pakaian yang lembap dan kotor akibat rendaman air banjir.

Antara komplikasi masalah kulit yang mungkin terjadi adalah kegatalan pada jari kaki, kulit mengelupas, luka, dan ulser kulit. Bagi individu yang mempunyaiekzema atau psoriasis, air banjir boleh menjadikan simptom lebih teruk. Tumpahan bahan-bahan kimia ke dalam air banjir turut menjadi punca masalah kulit.

Jangkitan pernafasan akut

Jika anda mengalami masalah untuk bernafas seperti biasa, anda berkemungkinan menghidap jangkitan pernafasan akut (ARI). ARI boleh menjejaskan dua bahagian dalam sistem pernafasan anda, iaitu:

  • bahagian atas (dari sinus ke lipatan vokal); dan
  • bahagian bawah (dari lipatan vokal ke paru-paru)

Jangkitan virus ini merebak melalui titisan air daripada batuk dan selsema, di mana kedua-duanya kerap berlaku ketika musim banjir. Contoh simptom ARI biasa adalah kesesakan nafas, hidung berair, batuk, dan sakit tekak.

Kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai sistem imun lemah adalah antara golongan berisiko tinggi untuk mendapat ARI.

Konjungtivitis (Sakit mata)

Penyakit mata ini yang juga dikenali sebagaipink eyemerujuk kepada keradangan pada konjungtiva, iaitu selaput jernih yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata.Konjungtivitisboleh berpunca sama ada daripada alahan, jangkitan bakteria, atau jangkitan virus.

Simptom biasa seperti kegatalan, kemerah-merahan, mata berair, dan kerak mata yang berlebihan. Konjungtivitis akibat jangkitan bakteria dan virus boleh merebak dengan sangat mudah melalui sentuhan.

Pada musim banjir, sakit mata ini senang berjangkit apabila anda berkongsi barang peribadi—seperti tuala madi, tuala muka, dan bantal—dengan mangsa banjir lain.

Langkah-langkah penjagaan dan keselamatan

Oleh sebab Malaysia mengalami banjir setiap tahun, anda dinasihatkan untuk melakukan perancangan awal sebagai langkah persediaan sebelum, semasa, dan selepas musim banjir.

View this post on Instagram

A post shared by Malaysia (@homagecare_my)

Persediaan sebelum banjir

  • Mengikuti ramalan cuaca mengenai amaran hujan lebat dan peka dengan pengumuman amaran banjir di kawasan anda.
  • Memastikan anda bersiap sedia dengan kit kecemasan yang mengandungi barang keperluan ketika waktu banjir sepertidi sini
  • Membuat strategi pemindahan untuk menempatkan diri dan keluarga anda (terutamanya warga emas dan kanak-kanak) di tempat yang selamat.
  • Mendapatkan perlindungan fizikal untuk rumah dan barang-barang anda, serta insurans bagi keselamatan diri dan keluarga.
  • Pastikan anda dan keluarga telah melengkapivaksinasipenting untuk penyakit taun, kolera, demam campak, Hepatitis A, dan sebagainya.

Tip kesihatan dan keselamatan makanan semasa banjir

  • Kerap basuh tangan sebelum dan selepas makan.
  • Digalakkan untuk mendapatkan sumber makanan dan minuman yang bersih dan bertutup.
  • Elakkan membiarkan makanan dan gelas atau botol minuman terdedah. Gunakan plastik atau bekas makanan tertutup.
  • Jauhi makanan dalam tin yang telah kemek dan rosak.
  • Sentiasa membasuh dahulu perkakas sebelum dan selepas memasak.
  • Pek makanan beku dalam peti sejuk perlu diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan masih elok dimakan.

Tindakan selepas banjir

  • Melakukan pembersihan yang mendalam dan pembasmian kuman di seluruh rumah anda, termasuk peralatan masakan.
  • Pastikan anda memakai sarung tangan, but getah, dan seluar panjang ketika sesi pembersihan.
  • Buang segala makanan atau minuman yang telah tercemar dengan air banjir.
  • Elakkan menyimpan harta benda yang telah diserap air banjir seperti tilam, kusyen, dan sofa.

Bantuan banjir di Malaysia

Jika anda ingin menyumbang sebarang bentuk bantuan atau berhasrat menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir,siniadalah senarai organisasi yang anda boleh pertimbangkan.

Untuk mengikuti perkembangan bencana alam dan ramalan cuaca di Malaysia, anda boleh semak di portal rasmiAgensi Pengurusan Bencana Negara. Laman web tersebut juga memaparkan tips keselamatan untuk menangani banjir.

Anda juga boleh mendapat informasi terkini tentang isu semama dari Jabatan Pendidikan Kesihatan disini. References

Petua Mencegah Cirit-birit di Rumah

Acute Conditions

10 Tips to Manage Dysphagia At Home

Acute Conditions

Heatstroke Warning: 9 Things You Need to Know

Acute Conditions

Facts about Heart Attack in Younger Malaysians

Perlukan Bantuan Penjagaan?

Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.

🔍 Cari Penjaga Terlatih →

Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:

  • Demensia dan Alzheimer
  • Strok dan pemulihan
  • Diabetes dan penjagaan harian
  • Penjagaan paliatif

💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.

WhatsApp