Palsi Serebrum dan Orang Tua
Palsi Serebrum dan Orang Tua - MalaysiaSymptoms
Palsi Serebrum dan Orang Tua
Warga emas dengan palsi serebrum berisiko untuk mengalami kesukaran pergerakan kerana pengurangan fleksibiliti dan ketahanan. Ketahui lebih lanjut cara-cara untuk penjaga menguruskan keadaan ini.
Palsi serebrum ialah sesuatu ketidakupayaan yang menjejaskan pergerakan,kestabilan, dan postur seseorang akibat kecederaan pada bahagian otak ketika dalam kandungan, sewaktu atau selepas bersalin. Ia mengakibatkan perkembangan fizikal yang perlahan dan abnormal.
Keadaan medikal ini selalunya didiagnosis awal ketika bayi dan kanak-kanak kecil, tetapi gejalanya boleh berterusan sehingga dewasa. Setakat ini, palsi serebrum tiada penawar.
Istilahpalsi serebrum bermaksud:
Palsi– bermaksud kelemahan atau kelumpuhan pergerakan bagi sesetengah anggota badan
Serebrum– merujuk kepada bahagian otak terbesar yang berperanan mengawal koordinasi dan fungsi motor (pergerakan badan)
Walaupun kecederaan otak tidak boleh menjadi semakin teruk (tidak bersifat progresif), komplikasinya berkemungkinan sama ada ringan atau teruk sehingga membawa kecacatan.
Bolehkah warga emas mendapat palsi serebrum?
Individu dewasa dan warga emas tidak boleh mendapat palsi serebrum. Ini adalah kerana ia bersifat kongenital, iaitu sesuatu penyakit atau kecederaan yang berlaku sejak lahir. Justeru, hanya bayi dan kanak-kanak yang boleh menghidap keadaan medikal ini.
Namun, jika anda sudah mendapat palsi serebrum pada waktu kecil, ia akan berpanjangan seumur hidup.
Warga tua dengan palsi serebrum merujuk kepada individu berumur yang sedang menangani simptom jangka panjang yang telah didiagnosis ketika mereka kecil.
Tanpa diagnosis awal dan langkah penjagaan yang betul, risiko untuk mengalami komplikasi baru apabila anda membesar adalah lebih tinggi yang boleh menjejaskan kesihatan serta kualiti kehidupan pada hari-hari tua anda.
Jenis-jenis dan gejala palsi serebrum
Palsi serebrum dikategorikan mengikut gejala yang berbeza. Terdapat empat jenis palsi serebrum iaitu:
Palsi serebrum spastik
Sebanyak lebih kurang80 peratuspesakit CP mengalami CP spastik, menjadikan ia jenis palsi serebrum yang paling biasa.
Gejala palsi serebrum spastik utama bagi palsi serebrum spastik adalah:
- Ketegangan dan kekerasan otot atau sendi terutamanya pada lengan, kaki dan belakang badan.
- Pergerakan otot tidak lancar.
- Pergerakan fizikal menjadi terhad.
Palsi serebrum spastik boleh berlaku pada tiga bahagian anggota badan:
- Spastik diplegia/diparesis: Ketegangan otot terutamanya pada bahagian bawah badan, iaitu kaki.
- Spastik hemiplegia/hemiparesis: Ketegangan otot di bahagian sebelah badan sahaja (sama ada kiri atau kanan).
- Spastik quadriplegia/quadriparesis: Tahap ketegangan otot paling teruk yang melibatkan seluruh badan iaitu kedua-dua belah lengan dan kedua-dua belah kaki. Otot muka juga boleh terkesan.
Palsi serebrum athetoid
Palsi serebrum jenis ini menyebabkanmasalah untuk mengawal pergerakan otot.
Gejala palsi serebrum athetoid adalah seperti yang berikut:
- Anggota badan seperti lengan, kaki, muka, dan lidah tidak dapat dikawal dan bergerak tanpa sengaja.
- Pergerakanathetoidiaitu menggeliat, perlahan, dan longlai.
- Pergerakan tidak menentu (kadangkala perlahan, kadangkala secara tiba-tiba).
- Masalah untuk duduk tegak dan berjalan.
- Masalah untuk bercakap, makan, minum, dan menelan.
Palsi serebrum atasik/ataxia
Pesakit palsi serebrum atasik atau ataxia menghadapimasalah keseimbangan badan dan koordinasi kemahiran motor. Kemahiran motor amat penting untuk melatih otot-otot kecil dan besar agar dapat melakukan aktiviti fizikal tanpa masalah.
Gejala utama bagi palsi serebrum atasik/ataxia adalah:
- Tidak stabil ketika berjalan menyebabkan postur jalan yang tidak normal
- Menunjukkan tanda tremor (tangan, lengan, kaki atau anggota badan lain bergeletar tanpa disedari)
- Tidak berupaya untuk melakukan aktiviti fizikal dengan tepat (contoh : gagal untuk menepuk tangan atau membutangkan baju tanpa tersasar)
- Tidak berupaya untuk melakukan gerakan yang laju dan yang memerlukan banyak kawalan otot (contoh : menulis, berbasikal, berlari)
- Sukar untuk mengawal tangan atau lengan ketika mencapai sesuatu
- Masalah dengan pergerakan mata
- Kesukaran untuk menghasilkan pertuturan yang lancar
Palsi serebrum campuran
Seseorang individu boleh mengalami lebih dari satu jenis palsi serebrum yang disebabkan oleh kecederaan di beberapa bahagian otak. Kombinasi gejala palsi serebrum yang paling biasa adalah spastik-athetoid.
Komplikasi palsi serebrum yang berkaitan
Menangani gejala palsi serebrum yang boleh memberi tekanan pada tubuh badan dan juga mental boleh memberi pesakit risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah-masalah kesihatan sekunder seperti:
- Komorbiditi, iaitu mempunyai lebih dari satu penyakit (e.g penyakit kardiovaskular)
- Kesakitan kronik
- Arthritis atau radang sendi (e.g osteoarthritis)
- Epilepsi, iaitu gangguan otak yang boleh menyebabkan serangan sawan
- Simptom gastrointestinal akibat daripada masalah pencernaan
- Penglihatan terjejas
- Pendengaran terjejas
- Masalah pernafasan
- Masalah pemakanan yang boleh membawa kepada malnutrisi
- Batu karang
Cabaran dihadapi oleh warga emas menghidapi palsi serebrum
Gejala dan komplikasi palsi serebrum menimbulkan pelbagai jenis cabaran yang perlu ditangani untuk jangka panjang.
Penuaan pramatang
Individu biasa mula mengalami kemerosotan fungsi badan dan mental dalam lingkungan usia 50 tahun. Bagi pesakit palsi serebrum, tahap kesihatan mereka menurun dengan lebih cepat sekitar umur 30 atau 40 tahun.
Terdapat dua sebab utama pesakit palsi serebrum berisiko untuk menjadi tua sebelum waktunya, iaitu:
- sistem organ perlu bekerja lebih kuat daripada biasakerana komplikasi palsi serebrum boleh melewatkan perkembangan fizikal. Akibatnya, sesetengah organ tidak mampu untuk membesar dengan sehabis baik yang menjejaskan kebolehannya untuk berfungsi secara normal.
- stress pada sistem badanakibat penggunaan otot dan sendi secara berlebihan.
Tanda-tandapenuaanpramatang seperti:
- Kesukaran untuk berjalan
- Fizikal tidak kuat/lemah
- Radang sendi (arthritis)
- Komplikasi kardiovaskular
- Masalah pergigian
- Mengambil masa lebih lama untuk melakukan sesuatu
- Sentiasa memerlukan bantuan
Penggunaan kerusi roda, tongkat, dan pegangan tangan juga menjadi keperluan.
Post-impairment syndrome
Bagi golongan warga emas yang sudah hidup dengan palsi serebrum bertahun-tahun, mereka lebih berkemungkinan untuk mengalamipost-impairment syndrome—iaitu kombinasi keletihan, kesakitan, dan kelemahan badan secara berpanjangan atau kronik. PIS berlaku setelah anda berulang kali mengerahkan tenaga setiap hari.
Hal ini keranapesakit palsi serebrum perlu menggunakan tenaga tiga kali lebih banyakberbanding individu yang berkemampuan, walaupun untuk tugasan yang kecil.
Kesihatan mental
Walaupun palsi serebrum melibatkan ketidakupayaan fizikal, ia juga boleh mempengaruhi mental pesakit. Tambahan lagi, diketahui bahawa warga emas mempunyai emosi dan pemikiran yang lebih sensitif.
Kajian menunjukkan individu dengan palsi serebrum mempunyairisiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit mental seperti kemurungan atau keresahan (anxiety). Antara puncanya termasuk:
- Malu dan rasa terbeban dengan ahli keluarga
- Masalah kesukaran tidur disebabkan had fizikal
- Rasa kesunyian
- Rasa kecewa dan putus ada kerana kerap bergantung kepada bantuan individu lain
- Tidak mendapat sokongan emosi yang secukupnya
Kehidupan sosial
Warga emas dengan palsi serebrum mungkin sukar untuk membina persahabatan baru dan mengekalkan kenalan lama.
Komplikasi fizikal menjadi satu halangan bagi mereka untuk keluar bersosial dalam komuniti. Mereka risau rakan-rakan akan terbeban dengan keperluan mereka. Pandangan masyarakat terhadap ketidakupayaan mereka juga boleh meningkatkan tahap keresahan.
Rawatan/Cara menangani palsi serebrum
Kecederaan otak daripada palsi serebrum tiada penawarnya. Rawatan hanya bertujuan untuk mengurangkan tahap gejala sedia ada melalui pelbagai cara seperti terapi, perubatan, perubatan, alat bantuan mobiliti, dan peranti bantuan.
Matlamat utama rawatan palsi serebrum adalah untuk memastikan pesakit mampu berdikari sejauh yang mungkin dan hanya memerlukan bantuan yang minimum dalam menjalani kehidupan biasa.
Keperluan dan komplikasi setiap pesakit palsi serebrum berbeza antara satu sama lain. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor pakar mengenai pelan rawatan yang sesuai bagi orang tersayang anda.
Terapi
Terdapat beberapa pilihan terapi yang berguna bagi menangani gejala palsi serebrum dari pelbagai aspek.
- Terapi fizikal/Fisioterapi:Penting untuk pergerakan anggota badan secara menyeluruh agar dapat meningkatkan kekuatan otot dan sendi, memperbaiki postur serta keseimbangan badan.
- Terapi pertuturan: Melatih otot muka untuk mengatasi masalah pertuturan dan bahasa, serta mengajar cara komunikasi lain seperti menggunakan papan khas atau bahasa isyarat.
- Sokongan rakan sebaya: Menggalakkan luahan dan perkongsian emosi bersama warga emas lain yang menghidap pasli serebrum, serta mengurangkan rasa kesunyian.
Perubatan
Preskripsi yang diberi doktor bertujuan untuk melegakan simptom dan komplikasi palsi serebrum.
Antara perubatan yang mungkin disarankan termasuk:
- Anticonvulsant(untuk kekejangan otot)
- Ubat anti-radang
- Ubat anti-epilepsi
- Ubat penenang ototUbat anti-keresahan
- Suntikan blok saraf
Peringatan : Warga emas selalunya sudah mengambil ubat-ubatan harian untuk penyakit lain. Sebagai penjaga, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana sesetengah preskripsi palsi serebum mungkin membawa kesan sampingan apabila dimakan dengan ubat-ubatan lain.
Pembedahan
Bagi individu dewasa menghidapi tahap palsi serebrum yang teruk, doktor mungkin akan mempertimbangkan alternatif pembedahan.
Antara prosedur pembedahan palsi serebrum ialah:
- Pembedahan ortopedik (untuk membetulkan kecacatan tulang)
- Pembedahan mata
- Prosedur gastrostomi (tiub dimasukkan melalui abdomen untuk menyalurkan makanan atau minuman bagi pesakit yang ada masalah pencernaan)
- Implan koklear
Alat bantuan mobiliti
Sesetengah warga emas dengan palsi serebrum memerlukan alat bantuan mobiliti untuk bergerak dan melakukan aktiviti fizikal harian.
Contoh alat bantuan mobiliti yang biasa digunakan ialah:
- Kerusi roda
- Tongkat
- Skuter elektrik khas untuk warga emas
- Rangka berjalan
- Alat orthosis (dipakai di anggota badan untuk meregangkan otot yang ketat dan menyokong tulang dan otot serta mengurangkan kekejangan)
Oleh kerana simptom palsi serebrum seseorang boleh berubah, alat bantuan mobiliti yang digunakan perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Jika peralatan tersebut tidak lagi dapat menyokong pergerakan anda, ia haru ditukar kepada alat bantuan mobiliti yang lebih sesuai.
Peranti bantuan lain
Peranti bantuan boleh membantu untuk mengatasi komplikasi bukan otot seperti pendengaran, penglihatan, penulisan, dan komunikasi.
Jenis peranti bantuan termasuk:
- Alat bantuan penglihatan (cermin mata, bahan membaca bercetak besar, kanta besar)
- Alat bantuan pendengaran(peranti elektronik di belakang telinga, Implan koklea)
- Alat bantuan menulis dan menaip
Sokongan palsi serebrum bersama
Oleh sebab keupayaan fizikal yang terhad, warga emas dengan palsi serebrum memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuh masa kita sebagai penjaga.
Kami di prihatin akan kesihatan dan kesejahteraan insan tersayang anda. Oleh itu, penjaga terlatih kami bersedia untuk memberikanperkhidmatan penjagaan warga emasdari rumah yang terdiri daripada pelbagai jenis terapi dan bantuan dalam melakukan aktiviti kehidupan seharian.
Bagi komplikasi palsi serebrum, ahli terapi kami boleh memberikan perkhidmatan fisioterapi, terapi cara kerja, dan juga terapi pertuturan di rumah anda secara konsisten.
Dengan sokongan aktif, kualiti kehidupan insan tersayang anda boleh dipertingkatkan sekaligus memanjangkan jangka hayat mereka selama yang mungkin.
Ingin mendapatkan sokongan palsi serebrum bersama ? Isi maklumat di bawah dan penasihat penjagaan kami akan menghubungi anda secepatnya!
References
- Centers for Disease Control and Prevention. (n.d.). What is CP?.U.S. Department of Health & Human Services.https://www.cdc.gov/ncbddd/cp/facts.html
- Cerebral Palsy Foundation. (n.d.).Adults with CP.https://www.yourcpf.org/adults-with-cp/
- Cerebral Palsy Guide. (2022, August 22).Cerebral palsy.https://www.cerebralpalsyguide.com/cerebral-palsy/
- Moawad Heidi. (2021, May 4). Cerebral palsy in adults.Verywell Health.https://www.verywellhealth.com/cerebral-palsy-in-adults-5179667
- Moen, R. D. (2022, December 9). 6 common challenges for adults with CP.Made for Movement.https://blog.madeformovement.com/5-common-challenges-for-adults-with-cp
- National Institute of Neurological Disorders and Stroke. (2022, July 25) Cerebral palsy: Hope through research.National Institutes of Health.https://www.ninds.nih.gov/health-information/patient-caregiver-education/hope-through-research/cerebral-palsy-hope-through-research
- Smith, K. J., Peterson, M. D., O’Connell, N.E., et al. (2019). Risk of depression and anxiety in adults with cerebral palsy.JAMA Neurology, 76(3), 294–300.https://jamanetwork.com/journals/jamaneurology/fullarticle/2719463
- USLME Pass. (2021, February 16). Dystonia, chorea, athetosis, myoclonus – Movement disorders [Video]. Youtube.https://www.youtube.com/watch?v=ijR25ADekLI
- Yi, Y. G., Jung, S. H., & Bang, M. S. (2019). Emerging issues in cerebral palsy associated with aging: A physiatrist perspective.Annals of Rehabilitation Medicine, 43(3), 241–249.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6637058/
Digigit Semut Charlie? Kenali Gejala dan Rawatan
Symptoms
10 Things to Know About Autism in Adults
Symptoms
Constipation in Seniors
Symptoms
Stay Ahead of Diabetes: Home Blood Glucose Testing 101
Perlukan Bantuan Penjagaan?
Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.
Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:
- Demensia dan Alzheimer
- Strok dan pemulihan
- Diabetes dan penjagaan harian
- Penjagaan paliatif
💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.