Masalah Kulit yang Biasa Dihidapi oleh Orang Tua
Masalah Kulit yang Biasa Dihidapi oleh Orang Tua - MalaysiaSymptoms
Masalah Kulit yang Biasa Dihidapi oleh Orang Tua
Berikut adalah 7 masalah kulit di kalangan orang tua, faktor risiko, dan pencegahan yang anda perlu mengetahui.
Seperti organ badan yang lain, kulit kita turut melalui pelbagai perubahan semakin kita berumur. Ia adalah kesan daripada kedua-dua prosespenuaandan juga alam sekitar. Kulit orang tua yang semakin kering dan imun sistem yang lemah memudahkan jangkitan atau masalah kulit untuk merebak.
Jenis masalah kulit yang biasa dihadapi oleh orang tua
Antara masalah kulit yang biasa dalam kalangan orang tua termasuk:
Kulit kering (Xerosis)
Kekeringan pada kulit biasa dialami oleh golongan warga emas terutamanya pada bahagian terbuka seperti lengan, siku, betis, buku lali, dan tapak kaki. Kulit yang kering pada usia tua akan menyebabkan permukaan kulit menjadi kasar dan bersisik.
Antara punca utama masalah ini adalah kekurangan sebum atau zat berminyak pada kulit. Apabila usia kita meningkat, badan tidak lagi berupaya untuk menghasilkan sebum yang mencukupi. Sebum memainkan peranan yang penting sebagai lapisan pelindung untuk memastikan kulit anda kekal lembap.
Kegatalan kulit (Pruritus)
Kekeringan kulit boleh membawa kepada kegatalan. Jika kerap digaru, keadaan kulit orang tua yang nipis akan mudah untuk terluka dan merekah sehingga menimbulkan sensasi pedih. Ini akan menjadikan kulit mereka lebih terdedah kepada jangkitan.
Koyakan kulit
Kulit orang tua yang nipis dan berkedut serupa tisu adalah disebabkan oleh faktor penuaan semula jadi, di mana penghasilan kolagen dan elastin berkurangan semakin kita berumur. Kedua-dua protein ini amat penting dalam memastikan kulit lebih tahan lasak. Kolagen menguatkan struktur kulit, manakala elastin memberikan keanjalan pada kulit.
Tanpa kolagen dan elastin yang banyak, kulit orang tua menjadi lebih rapuh serta berisiko tinggi untuk mengalamikoyakan kulit. Jika terdapat sebarang kecederaan, kulit mereka juga akan sukar atau mengambil masa lama untuk sembuh kerana proses penggantian sel yang lambat.
Punca lain yang boleh menjadikan kulit nipis dan lemah seperti:
- Pengambilan ubat-ubatan seperticorticosteroids
- Pendedahan jangka lama kepada cahaya UV atau matahari
Dermatitis
Dermatitis merujuk kepada keradangan kulit yang selalunya menunjukkan simptom kegatalan, kekeringan, dan ruam.Ekzemaadalah salah satu jenis dermatitis yang paling biasa berlaku.
Khususnya buat golongan orang tua, terdapat dua masalah kulit bersifat dermatitis yang sering dihadapi, iaitu:
- Asteatotic eczema: Terhasil akibat masalah kekeringan kulit yang terlampau.
- Stasis dermatitis: Terjadi kerana urat pada bahagian kaki bersimpul atau tidak dapat mengalirkan darah ke jantung dengan lancar. Akibatnya, cecair badan akan terkumpul di kaki sehingga menimbulkan radang pada kulit kaki.
Dermatitis yang tidak dirawat akan beransur menjadi luka terbuka atau ulser.
Ulser kulit
Luka dan kecederaan hanya mampu sembuh jika bekalan darah dapat sampai ke bahagian kulit tanpa sebarang masalah. Jika peredaran darah terganggu, proses pemulihan luka juga terbantut dan akan meninggalkan ulser.
Orang tua adalah kumpulan yang sering mengalami masalah peredaran darah oleh sebab pelbagai faktor seperti penyakit diabetes and obesiti.
Antara jenis ulser kulit utama yang biasa dialami oleh orang tua adalah:
- Venous leg ulcers: Berlaku apabila keradangan daripadastasis dermatitistidak dirawat dengan segera dan menjadi lebih teruk sehingga menjadi luka terbuka (ulser).
- Pressure ulcers/bed sores: Sering berlaku kepada orang tua yang menggunakan kerusi roda atau terlantar di atas katil secara berpanjangan. Tidak bergerak untuk jangka masa yang lama akan menghasilkan tekanan pada kulit atau tisu. Ini akan menjejaskan perjalanan darah dan oksigen yang lebih mudah untuk ulser terbentuk.
- Diabetic foot ulcers: Tahap gula darah yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah menjadi tegang dan sempit. Ini akan menghalang sel-sel daripada menerima oksigen yang diperlukan untuk menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Lama-kelamaan, luka tersebut akan beransur menjadi ulser.
Jangkitan kulit
Secara umum, warga emas lebih mudah terdedah kepada jangkitan bakteria, virus, dan fungi disebabkan oleh imun sistem lemah dan peredaran darah yang terjejas.
- Jangkitan bakteria: Selulitis adalah jangkitan bakteria tahap teruk yang boleh merebak ke lapisan kulit dalam. Ulser yang mengeluarkan cecair seperti nanah turut menyumbang kepada jangkitan bakteria.
- Jangkitan virus: Contoh sepertikayapyang hanya berlaku kepada warga emas yang pernah mengidap cacar air semasa waktu kecil. Simptom kayap bermula dengan kegatalan dan keradangan yang kemudian menjadi ruam atau tompok-tompok merah pedih. Lepuh berair juga akan mula timbul untuk kes yang lebih teruk.
- Jangkitan fungi/kulat :Contoh biasa ialah kurap yang menyerang bahagian kuku jari kaki. Ia akan kelihatan kekuningan dan kuku juga akan menebal sehingga terpisah daripada dasar kuku.
Yang membuatkan ketiga-tiga jenis jangkitan ini lebih membahayakan adalah ia bukan sahaja berisiko untuk merebak ke bahagian badan lain, tetapi juga berkemungkinan boleh berjangkit kepada individu sekeliling, lebih-lebih lagi pihak penjaga.
Kanser kulit
Kanser kulit merupakan pertumbuhan sel yang abnormal pada bahagian paling luar kulit (epidermis). Salah satu sebab utama orang tua mudah untuk menghidapi kanser kulit adalah akibat pendedahan lama kepada sinaran ultraviolet (UV) matahari sepanjang kehidupan mereka.
Terdapat tiga jenis utama kanser kulit, iaitu:
- Basal cell carcinoma (BCC): Jenis kanser kulit paling biasa terjadi.
- Squamous cell carcinoma (SCC): Sama seperti BCC, jenis kanser kulit ini merebak secara perlahan.
- Melanoma: Jenis kanser kulit yang paling merbahaya dan cepat merebak ke bahagian badan lain.
Jika tidak dirawat dengan segera, kanser kulit boleh mengancam nyawa.
Perubahan kulit orang tua yang tidak merbahaya
Kulit orang tua menghadapi pelbagai perubahan. Sebahagiannya boleh beransur menjadi penyakit, manakala yang lain hanyalah kejadian normal.
Tompok usia
Tompok usia adalah simptom penuaan yang normal. Walaubagaimanapun, ia kelihatan agak serupa dengan kanser kulit. Bezanya ialah tompok usia tidak berbahaya dan ia tidak membesar atau merebak.
Jika anda ragu-ragu untuk membezakan antara dua keadaan kulit tersebut, anda digalakkan mendapatkan nasihat daripada doktor.
Kedutan
Setiap individu yang berumur tidak boleh lari daripada kedutan dan garis halus pada kulit, walaupun anda menggunakan produk kosmetik anti-penuaan. Kekurangan kolagen tidak lagi berupaya untuk menyokong struktur kulit dan mengakibatkan kulit kita mudah kendur.
Tag kulit
Kadangkala, orang tua mengalami tag kulit iaitu pertumbuhan tisu kecil dan lembut yang tidak merbahayakan. Ia sering dijumpai pada kelopak mata, leher, dan lipatan kulit.
Tag kulit tidak boleh ditanggalkan sendiri di rumah. Jika tag kulit menimbulkan ketidakselesaan, anda boleh berjumpa dengan pakar dermatologi untuk membuangkannya.
Faktor risiko bagi masalah kulit orang tua
Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko orang tua untuk mengalami masalah kulit:
- Kurang pengambilan air
- Tidak mengamalkan diet yang sihat
- Tidak mempraktikkan amalan penjagaan kulit yang baik
- Stress
- Tidak menggunakan sunscreen apabila keluar daripada rumah
- Mandi secara berlebihan dan menggunakan air panas dengan kerap
- Penggunaan produk sabun mandi dan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang kasar
- Udara sekeliling yang kering (cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk)
- Mengidap penyakit kronik diabetes, sakit buah pinggang, atau penyakit autoimun
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat tekanan tinggi dan produk rawatan jerawat yang boleh mengeringkan kulit
Pencegahan masalah kulit orang tua
Masalah kulit orang tua selalunya berterusan untuk jangka masa yang lama (kronik) dan boleh kembali semula jika sudah sembuh. Langkah terbaik untuk mengelakkan daripada mama-mana masalah kulit adalah melalui pencegahan awal.
Meningkatkan hidrasi
Digalakkan untuk mengamalkan minuman air putih dan makanan yang meningkatkan hidrasi seperti sup, buah-buahan, serta sayur-sayuran.
Lindungi kulit
Sentiasa memakaisunscreenmuka dan badan terutamanya sewaktu cuaca panas, sebaiknya yang mengandungi SPF 30 dan ke atas. Memakai baju yang menutupi seluruh badan juga digalakkan.
Elak suhu air melampau
Pastikan suhu air suam digunakan ketika mandi kerana ia tidak terlalu sejuk atau panas yang sangat ideal untuk kesihatan kulit.
Menggunakanhumidifier
Humidifier sangat membantu untuk mengembalikan tahap kelembapan udara. Bagi kawasan yang beriklim tinggi hampir sepanjang tahun seperti Malaysia, udara sering berada dalam keadaan kering. Jadi, anda digalakkan untuk memasang humidifier di rumah, lebih-lebih lagi di dalam ruang bilik.
Mengamalkan penjagaan kulit secara konsisten
Amalan penjagaan kulit bukan sahaja khusus untuk individu berusia muda dan golongan wanita sahaja. Semua individu tak kira umur perlu menjaga kulit untuk mengelakkan kekeringan dan rekahan.
Pastikan produk yang digunakan mengandungi bahan-bahan yang melembapkan sepertiglycerin,hyaluronic acid,ceramides, danpetroleum jelly. Losyen badan lebih baik disapukan sejurus selepas mandi sementara kulit masih lembap. Produk bayi juga boleh digunakan un
Pemeriksaan fizikal
Jika anda menemui sebarang masalah kulit yang abnormal, adalah lebih baik untuk segera mendapatkan pemeriksaan fizikal dengan doktor atau pakar dermatologi.
Pengurusan masalah kulit orang tua bersama
Masalah kulit boleh menjejaskan kualiti kehidupan orang tua tersayang kita. Penjagaan kulit mereka perlu diberikan perhatian yang lebih disebabkan oleh keadaan kulit yang lebih sensitif dan mudah mendapat jangkitan.
Bagi meringankan beban anda sebagai penjaga, kami di sedia berkhidmat untuk memberikanrawatan dan penjagaan masalah kulityang kronik dari rumah. Jururawat terlatih kami boleh mengambil alih tugasan membersihkan luka dan simptom penyakit kulit lain secara profesional.
Sila isi borang dibawah untuk segera berhubung dengan Penasihat Penjagaan di !
References
- Francis, E. (n.d.). Common skin problems in elderly people, and what to do about them. Singapore.https://www..sg/resources/elderly-skin-problems/
- Livelo, L. (2022, April 1). Geriatric skin diseases.Mya Care.https://myacare.com/blog/geriatric-skin-diseases
- Mysore, V. (n.d.). Common elderly skin problems.The Venkat Center.https://www.venkatcenter.com/common-elderly-skin-problems/
- National Institute of Aging. (2017, October 1). Skin care and aging.National Institute of Health.https://www.nia.nih.gov/health/skin-care-and-aging#bruises
- Schiff, T. (2020, November 21). 8 common skin conditions in elderly adults.Water’s Edge Dermatology.https://www.wederm.com/2020/11/21/8-common-skin-conditions-in-elderly-adults/
- Sollitto, M. (n. d.). Skin problems in the elderly.Aging Care.https://www.agingcare.com/articles/senior-skin-problems-146550.htm
- Tidy, C. (2020, September 23). Skin ulcers.Patient.https://patient.info/cancer/malignant-skin-ulcers
Digigit Semut Charlie? Kenali Gejala dan Rawatan
Symptoms
10 Things to Know About Autism in Adults
Symptoms
Constipation in Seniors
Symptoms
Stay Ahead of Diabetes: Home Blood Glucose Testing 101
Perlukan Bantuan Penjagaan?
Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.
Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:
- Demensia dan Alzheimer
- Strok dan pemulihan
- Diabetes dan penjagaan harian
- Penjagaan paliatif
💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.