Ketahui Kencing Manis Semasa Hamil
Ketahui Kencing Manis Semasa Hamil - MalaysiaAcute Conditions
Ketahui Kencing Manis Semasa Hamil
Diabetes ketika hamil atau dikenali sebagai Gestational diabetes boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi. Ketahui simptom, punca & kesan kencing manis semasa mengandung dan cara mencegahnya.
Apakah Gestational Diabetes Mellitus?
Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merujuk kepada sejenisdiabetessemasa kehamilan. Kondisi ini boleh terjadi kepada wanita hamil yang tidak pernah menghidap diabetes sebelum mengandung. Penyakit kencing manis ini biasanya berlaku pada pertengahan kehamilan antara minggu ke-24 hingga ke-28.
Perbezaan antara Gestational Diabetes dengan Diabetes yang Lain
Diabetes adalah penyakit kencing manis yang menjejaskan keupayaan badan anda untuk menggunakan glukosa bagi membekalkan tenaga. Ia sering dikaitkan dengan fungsi hormon insulin dan gula darah yang melebihi paras normal. Jenis diabetes yang paling biasa adalah diabetes jenis 1, diabetes jenis 2, dan gestational diabetes.
Diabetes jenis 1
Diabetes jenis 1 merupakan sejenispenyakit autoimun. Ini bermaksud sistem imun anda salah mengenalpasti sel dalam pankreas (sel beta) yang menghasilkan hormoninsulinsebagai sel asing. Sistem imun anda akan menyerang sel beta menyebabkanpankreas anda tidak lagi berupaya untuk menghasilkan insulin.
Pesakit diabetes jenis 1perlu bergantung pada suntikan insulin setiap hariuntuk terus hidup. Ia biasanya didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak.
Diabetes jenis 2
Kebanyakan pesakit diabetes mengidap diabetes jenis 2. Untuk diabetes jenis ini,pankreas anda tidak mampu menghasilkan insulin secukupnyaatauinsulin yang ada tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia selalunya melibatkan golongan individu pada pertengahan umur atau lebih tua.
Tidak semua pesakit diabetes jenis 2 memerlukan suntikan insulin. Rawatan utama bergantung pada perubahan gaya hidup, pemakanan, dan preskripsi ubat-ubatan.
Gestational diabetes
Gestational diabetes hanyaberlaku pada golongan wanita semasa tempoh kehamilanakibat daripada perubahan hormon. Paras gula darah anda biasanya akan kembali stabil selepas hamil. Walaubagaimanapun, terdapat risiko untuk mengidap diabetes jenis 2 apabila berumur.
Punca Kencing Manis Semasa Hamil
Apabila kita makan, pankreas akan mengeluarkan hormon insulin yang berfungsi untuk menggerakkan glukosa dalam darah ke dalam sel badan agar dapat menghasilkan tenaga.
Semasa kehamilan, terdapat placenta dalam kandungan bayi iaitu organ yang menghubungkan janin dengan dinding rahim bagi menyerap nutrien daripada ibu. Plasenta ini menghasilkan pelbagai jenis hormon penting untuk pertumbuhan bayi.
Namun, hormon plasenta boleh menghalang insulin ibu daripada berfungsi dengan baik (rintangan insulin). Semakin bayi membesar, semakin tinggi kadar insulin yang diperlukan oleh ibu mengandung.
Kebiasaannya, pankreas akan mengeluarkan insulin tambahan untuk mengatasi masalah rintangan insulin. Namun jika tidak mencukupi, ia akan membawa kepada gestational diabetes di mana glukosa terkumpul dalam darah.
Tanda-Tanda Diabetes Semasa Hamil
Kencing manis ketika mengandung tidak menimbulkan gejala spesifik dan ketara. Ia biasanya dapat dikesan ketika pemeriksaan pranatal atau antenatal (dilakukan sepanjang tempoh mengandung bagi memantau kesihatan ibu dan kandungan bayi).
Namun, antara tanda-tanda gestational diabetes akibat paras gula tinggi yang anda boleh perhatikan seperti:
- Bertambah rasa dahaga
- Kerap membuang air kecil
- Kelesuan dan keletihan daripada biasa
Ramai wanita hamil sering menganggap simptom-simptom di atas sebagai kesan normal disebabkan kehamilan. Walaupun ia mungkin kelihatan tidak membimbangkan, anda dinasihatkan untuk memaklumkan juga kepada pakar kesihatan semasa rutin pemeriksaan jika mengalami mana-mana gejala tersebut.
Siapakah yang Berisiko Mengidapi Diabetes Semasa Hamil?
Kajian pada tahun 2019menunjukkan gestational diabetes kerap berlaku kepada 18.3% wanita hamil di klinik kesihatan awam Malaysia. Kadar tersebut lebih tinggi daripada kebanyakan populasi barat seperti Amerika Syarikat yang mencatat2% hingga 10%sahaja setiap tahun.
Meskipun gestational diabetes boleh terjadi pada mana-mana wanita hamil, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko sesetengah ibu mengandung untuk mengalaminya, termasuk:
- Berumur lebih daripada 25 tahun
- Berat badan berlebihan sebelum hamil
- Sejarah keluarga mengidap penyakit kencing manis jenis 2 (Type 2) atau gestational diabetes
- Pernah mengalami gestational diabetes semasa kehamilan sebelumnya
- Mengidap sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Pernah melahirkan bayi yang berat melebihi 4kg (macrosomia)
- Menjalani kehidupan yang tidak aktif secara fizikal
- Mempunyai tekanan darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, dan masalah jantung
- Daripada etnik Asia (wanita Asia dan Hispanik mempunyai risiko GDM yang lebih tinggi berbanding etnik lain)
Komplikasi Kencing Manis Semasa Hamil
Paras gula darah yang tinggi semasa hamil tidak patut dipandang remeh. Jika dibiarkan dan tidak dikawal sebaiknya, gestational diabetes akan meningkatkan banyak risiko kesihatan untuk anda dan kandungan bayi sehingga boleh membahayakan nyawa.
Kesan pada ibu mengandung
- Bersalin secara pembedahan (Caesarean section atau C-section)
- Tekanan darah tinggi semasa mengandung (preeclampsia)
- Mengalami gestational diabetes pada kehamilan akan datang
- Mengidap diabetes jenis 2 apabila semakin berumur
Kesan pada bayi
- Berat lahir yang abnormal (macrosomia)
- Mengalami kecederaan semasa kelahiran seperti kecederaan bahu akibat saiz bayi terlalu besar
- Kelahiran pramatang
- Paras gula darah terlalu rendah (neonatal hypoglycemia) sebaik selepas kelahiran yang boleh menyebabkan sawan
- Penyakit kuning atau jaundis
- Masalah pernafasan
- Kecacatan kelahiran
- Mengidap diabetes jenis 2 (type 2) dan obesiti apabila dewasa
- Kelahiran mati jika gestational diabetes tidak dikawal
Diagnosis Kencing Manis Semasa Hamil
Ujian saringan untuk mengesan gestational diabetes akan bergantung pada faktor risiko individu wanita tersebut.
Di Malaysia, semua wanita hamil biasanya akan menjalani ujian saringan untuk GDM dalam trimester kedua, iaitu apabila kandungan berumur antara 24 ke 28 minggu.
Bagi wanita hamil berumur 25 tahun ke atas tanpa faktor risiko lain, doktor akan melakukan ujian saringan pada tempoh lebih awal iaitu pada lawatan antenatal pertama. Jika keputusan ujian pertama ialah negatif atau normal, anda akan perlu mengambil ujian saringan kedua antara minggu ke-24 hingga ke-28 untuk memastikan sama ada paras gula darah anda masih kekal normal atau tidak.
Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)
OGTT atau juga dikenali sebagai ujian air gula adalah jenis ujian yang dijalankan untuk mendiagnosis diabetes, termasuk kencing manis semasa hamil. Ujian ini dapat membantu doktor memeriksa sebaik mana badan anda berupaya untuk proses kandungan glukosa (gula) dan mengawal tahap gula darah.
Prosedur ujian OGTT adalah seperti berikut:
- Anda perlu berpuasa semalaman sekurang-kurangnya selama 8 jam sebelum ujian OGTT. Makanan dan minuman tidak dibenarkankecualiair kosong sahaja.
- Ujian OGTT akan dilakukan pada awal pagi esoknya di mana sampel darah pertama akan diambil untuk mencatat paras gula darah berpuasa (fasting blood sugar).
- Kemudian anda akan diberikan segelas air gula mengandungi 75gm glukosa yang dilarutkan dalam air untuk diminum.
- Sampel darah kedua akan diambil 2 jam selepas minum air gula.
Bacaan Glukosa Dalam Darah dari Ujian OGTT KeputusanOral Glucose Tolerance Test(OGTT)Sampel darah berpuasa
(mmol/L)Sampel darah 2 jam selepas minum air gula
(mmol/L)NormalKurang dari 5.1Kurang dari 7.8Gestational Diabetes Mellitus (GDM)5.1 dan ke atas7.8 dan ke atas
Ujian Kawalan Diabetes Semasa Hamil
Semasa tempoh kehamilan, anda juga perlu menjalani ujian kawalan diabetes iaituBlood Sugar Profile (BSP)jika anda:
- Disahkan mengalami gestational diabetes selepas ujian OGTT.
- Sudah mengidap kencing manis sebelum hamil.
Paras gula darah yang tinggi boleh membawa komplikasi kepada kedua-dua ibu mengandung dan bayi. Oleh itu, ujian BSP sangat penting untuk memantau paras gula darah anda semasa hamil bagi memastikan ia sentiasa berada dalam paras optimum.
Prosedur Blood Sugar Profile (BSP)
Menurut garis panduanPengurusan Diabetes Semasa Hamilyang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ujian BSP dilakukan 2 minggu sekali sebanyak 4 kali sehari sehingga waktu anda bersalin.
Masa yang biasanya ditetapkan untuk mengambil bacaan darah gula adalah pada pukul 8 pagi, 11 pagi, 3 petang, dan 8 malam atau 8 pagi, 12 tengah hari, 6.30 petang, dan 9.30 malam. Setiap bacaan mesti direkodkan dalam kertas khas yang diberikan oleh pihak klinik dan perlu dibawa pada lawatan klinik seterusnya untuk semakan doktor.
Ujian BSP boleh dilakukan di rumahjika anda mempunyai kit ujian gula darah (self-monitoring blood glucose test). Alternatif lain adalah dengan menjalani ujian BSP di mana-mana hospital dan klinik kesihatan berdekatan.
Bacaan Glukosa Darah dari Ujian BSP Waktu Pengambilan Ujian BSPBacaan Normal Ujian BSPSebelum sarapan pagi
(gula darah berpuasa)Kurang dari 5.3 mmol/LJika diambil 1 jam
selepas makanKurang dari 7.8 mmol/LJika diambil 2 jam
selepas makanKurang dari 6.7 mmol/L
Target bacaan normal ujian BSP yang ditentukan oleh doktor mungkin akan berbeza mengikut keadaan diabetes ibu mengandung.
Rawatan dan Pengurusan Diabetes Semasa Hamil
Matlamat pengurusan kencing manis semasa hamil adalah untuk mencapai paras gula darah yang normal secara konsisten. Langkah rawatan yang dinasihatkan akan bermula dengan perubahan gaya hidup sebelum memperimbangkan rawatan farmakologikal.
Pemakanan
Kebiasaannya, langkah utama disarankan oleh doktor kepada ibu mengandung yang mengalami gestational diabetes adalah amalan diet sihat.
Pemakanan ideal bagi menangani gestational diabetesbukan sahaja perlu berkhasiat dan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu serta bayi, malah ia juga harus berupaya memastikan paras gula darah terkawal sepanjang tempoh hamil.
Antara tips yang perlu diutamakan dalam pelan diet anda bagi mengawal gestational diabetes termasuk:
- Praktik diet berglikemik rendahyang menggalakkan pengambilan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, kekacang, nasi perang dan sayur-sayuran. Karbohidrat jenis ini diserap dengan perlahan ke dalam usus jadi anda akan rasa kenyang lebih lama4
- Amalkan makanan berserat, buah-buahan, dan protein tanpa lemak.
- Jauhi karbohidrat ringkascontohnya makanan yang diproses, makanan ringan, makanan segera, pencuci mulut manis serta minuman bergula tinggi seperti jus buah bergula dan minuman berkarbonat.
- Pilih makanan dipanggangberbanding yang bergoreng.
- Makan dalam kuantiti yang kecil secara lebih kerap (3 kali makan hidangan kecil atau sederhana dan 2 kali untuk snek sihat).Elakkan makan terlalu banyak dalam satu hidangan agar paras gula darah anda tidak naik mendadak.
- Makan pada waktu yang sama setiap haridan tidak langkaui waktu makan.
- Pelbagaikan variasi makanan bernutrisi untuk kehamilanseperti yang mengandungi kalsium, zat besi, dan asid folik.
Senaman
Jika dibenarkan oleh doktor, anda disarankan untukmelakukan aktiviti fizikal ringan atau sederhana seperti berjalan, yoga, regangan otot atau berkebun. Walaupun sedang hamil, mengekalkan kecergasan dapat memberikan banyak manfaat kepada anda sebagai ibu mengandung.
Bukan sahaja ia sangat penting sebagai persediaan untuk kelahiran bayi dan melegakan ketidakselesaan semasa hamil seperti sakit belakang atau kesukaran tidur, glukosa dalam badan anda turut akan digunakan bagi membekalkan tenaga semasa bersenam. Dengan ini, paras gula darah boleh menjadi terkawal.
Mula bersenam ringan dahulu sebelum beralih kepada senaman yang lebih lama dan lebih kerap. Pastikan anda tidak lupaminum air secukupnyauntuk hidrasi badan. Jika anda mengalami kesakitan, kepeningan, atau tanda-tanda lain yang memudaratkan kesihatan anda, hentikan senaman dan rujuk segera pada doktor anda.
Pemantauan gula darah
Sentiasa memantau tahap glukosa sepanjang hari menjadi rutin biasa bagi ibu mengandung yang mengalami gestational diabetes.
Bagi memastikan paras gula darah anda berada pada tahap normal secara konsisten, anda perlumelakukan ujianBSPsetiap harimengikut kekerapan yang ditetapkan oleh doktor.
Ujian BSP juga berguna untuk mengelakkan hipoglikemia iaitu keadaan kadar gula darah terlalu rendah yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi.
Ubat-ubatan
Jika amalan diet seimbang dan rutin senaman terbukti tidak efektif dalam menurunkan bacaan BSP anda, rawatan perubatan akan digunakan bagi mengatasi masalah kencing manis ketika hamil.
Metforminmerupakan preskripsi ubat oral dalam bentuk tablet yang mampu membantu insulin dalam badan berfungsi lebih baik. Ia biasa disarankan oleh doktor kerana ia selamat untuk kandungan bayi.Kajianmenunjukkan metformin juga berupaya untuk mengurangkan risiko macrosomia (saiz bayi besar daripada normal) dan risiko pembedahan Caesarean.
Namun, metformin mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan berbincang mengenai risiko serta kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku.
Terapi insulin
Rawatan insulin hanya akan dipertimbangkan apabila:
- kaedah pengurusan diabetes lain iaitu pemakanan, senaman, dan preskripsi metformin tidak berjayamenurunkan paras gula darah anda.
- andatidak sesuai dengan ubat metforminatas sebab alahan atau faktor kesihatan lain.
- andapilih untuk tidak mengambil ubat metformin.
Insulin diberikan dalam bentuk suntikan. Kebiasaannya, doktor akan mengajar anda teknik untuk melakukan suntikan tersebut apabila di rumah.
Dos insulin yang ditetapkan berbeza bagi setiap individu kerana ia disesuaikan mengikut paras gula darah dan berat badan anda. Kekerapan dan dos suntikan insulin juga akan berubah beransur-ansur selari dengan perkembangan kehamilan anda.
Walaupun suntikan insulin adalah prosedur kecil dah mudah, sesetengah ibu mengandung mungkin berasa tidak yakin untuk melakukan sendiri di rumah. Ketahui lebih lanjut tentangperkhidmatan kejururawatan Homageyang boleh melakukan prosedur ini dari keselesaan rumah anda. References
- Barros, R. (2020, April 16). Diabetes types.Health Central.https://www.healthcentral.com/condition/diabetes-typesBin Liu, Lois E. Lamerato & Dawn P. Misra (2020) A retrospective analysis of the relationship between race/ethnicity, age at delivery and the risk of gestational diabetes mellitus.The Journal of Maternal-Fetal & Neonatal Medicine, 33(17), 2961-2969.https://doi.org/10.1080/14767058.2019.1566310Centers for Disease Control and Prevention. (2022, December 30).Gestational diabetes.https://www.cdc.gov/diabetes/basics/gestational.htmlDiabetes UK. (N. D.).Complications of gestational diabetes.
https://www.diabetes.org.uk/diabetes-the-basics/gestational-diabetes/complications
Dr. Feisul Idzwan Mustapha. (2019, Ogos 23). Diabetes semasa hamil.MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.http://www.myhealth.gov.my/diabetes-semasa-hamil/#:~:text=Diabetes%20semasa%20hamil%20atau%20biasanya,paras%20mereka%20yang%20hamil%20normal.
Dr. Norintan Binti Zainal Shah. (2020, Januari 15). Kenapa perlu minum air gula ketika hamil.Columbia Asia.https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/kenapa-perlu-minum-air-gula-ketika-hamil
Faezah Hassan, Mooi Ching, S., Cheng Ling, P., Nur Hidayah Jaffar, & Wei Lee, K. (2019). A clinical audit of the process of care for women with gestational diabetes mellitus in a Malaysian public polyclinic.Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, 15(2): 69-76.https://medic.upm.edu.my/upload/dokumen/2019060311320210_MJMHS_June_2019.pdf
. (n. d.).Gestational diabetes 101: Symptoms, causes & treatment.https://www..com.my/health/gestational-diabetes/
Huril Fauzi. (2021, Jun 23). Bacaan BSP (Blood sugar profile): Kepentingan, prosedur, dan cara untuk menurunkan bacaan BSP.Motherhood.com.my.https://story.motherhood.com.my/my/bsp-test-kepentingan-prosedur-dan-cara-untuk-menurunkan-bacaan/
Ministry of Health Malaysia. (n. d.).Management of Diabetes in Pregnancy.
https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Endocrine/1b.pdf
Newman, C., Rabbitt, L., Ero, A. et al. (2023). Focus on Metformin: Its role and safety in pregnancy and beyond.Drugs 83, 985–999.https://doi.org/10.1007/s40265-023-01899-0
Petua Mencegah Cirit-birit di Rumah
Acute Conditions
10 Tips to Manage Dysphagia At Home
Acute Conditions
Heatstroke Warning: 9 Things You Need to Know
Acute Conditions
Facts about Heart Attack in Younger Malaysians
Perlukan Bantuan Penjagaan?
Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.
Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:
- Demensia dan Alzheimer
- Strok dan pemulihan
- Diabetes dan penjagaan harian
- Penjagaan paliatif
💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.