Fisioterapi untuk Vertigo: Faedah, Kepentingan & Petua

Fisioterapi untuk Vertigo: Faedah, Kepentingan & Petua - MalaysiaProcedures & Treatments

Fisioterapi untuk Vertigo: Faedah, Kepentingan & Petua

Vertigo adalah deria dimana persekitaran berpusing atau bergerak. Ketahui lanjut bagaimana rawatan fisioterapi dapat membantu mengurangkan simptom vertigo.

Vertigo bukan sejenis penyakit tetapi simptom kepada komplikasi, jangkitan atau kecederaan pada sistem vestibular. Ia menyebabkan diri anda, persekitaran anda, atau kedua-duanya kelihatan berpusing meskipun tanpa bergerak. Keadaan ini boleh membawa kepada rasa pening, loya, dan mabuk pergerakan.

Gejala vertigokebiasaanya akan hilang dalam masa beberapa minit atau jam sahaja. Jikalau simptom anda masih berpanjangan dan mula memberi kesan kepada kehidupan seharian, anda dinasihatkan untuk melakukan fisioterapi supaya keupayaan mobiliti anda dapat dikembalikan secara perlahan-lahan.

Apakah sistem vestibular?

Sistem vestibular melibatkanbahagian telinga dalamyang berperanan sebagai penderia untuk pergerakan kepala serta kesedaran spatial (ruang). Keupayaan ini penting untuk menyokong fungsi-fungsi berikut:

  • Mengawalkeseimbangan dan kestabilan tubuh.
  • Menggerakkan dan memusingkan kepala tanpa terasa pening.
  • Menentukan posisi dan jarak anda daripada sesuatu objek walaupun tanpa melihat.
  • Membezakan arah.

Jika terdapat masalah pada organ vestibular, anda akan mengalami kesukaran untuk mengekalkan kestabilan kepala dan badan. Ketidakseimbangan boleh menjadi lebih teruk apabila anda membuat sebarang pergerakan seperti bangun dari posisi duduk, berjalan, berdiri, atau pusing ke arah berlainan.

Untuk mengurangkan gejala vertigo tersebut, doktor anda mungkin menyarankan pelbagai cara rawatan mengikut keadaan vertigo anda—sama adamelalui ubat-ubatan, pembedahan, atau fisioterapi vestibular.

Apakah fisioterapi/pemulihan vestibular?

Bagi pesakit vertigo, kaedah fisioterapi yang biasa digunakan adalah pemulihan vestibular. Ia merupakan program rawatan bertujuanuntuk meringankan sebarang gejala akibat vertigo periferi sahaja, iaitu gangguan telinga dalam (vestibular).

Gejala yang disebabkan oleh vertigo pusat akibat masalah dalam otak tidak boleh dipulihkan dengan terapi vestibular.

Pemulihan vestibulardijalankan oleh ahli fisioterapi terlatih dalam bidang senaman dan latihan fizikalyang berfokus kepada menguatkan sistem vestibular anda. Aktiviti pemulihan tersebut boleh membantu menangani ketidakseimbangan badan, sekaligus mengurangkan rasa pening disebabkan vertigo.

Terapi pemulihan vestibular dilakukan dalam dua cara : latihan di pusat pemulihan dan juga latihan kendiri di rumah.

Kepentingan dan faedah pemulihan vestibular untuk pesakit vertigo

Salah satu kepentingan pemulihan vestibular adalahsensory reweighting—di manaminda dan sistem badan anda akan dilatih untukbergantung pada deria lainsupaya dapat menampung sistem vestibular yang telah terjejas.

Setiap manusia dikurniakan dengan lima deria utama dan dua deria tambahan iaitu:

  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • Bau(olfactory system)
  • Rasa(gustatory system)
  • Sentuhan(tactile system)
  • Vestibular (keseimbangan dan kesedaran spatial)
  • Somatosensori (sensasi badan seperti pergerakan atau koordinasi otot dan sendi, kesedaran posisi badan)

Ahli fisioterapi akan membimbing pesakit vertigo untuk memberi penekanan kepadaderia penglihatan dan somatosensorimelalui latihan fizikal secara konsisten.

Teknik fisioterapi tersebut boleh membawa banyak faedah bagi pesakit vertigo dengan:

  • Mengurangkan rasa pening dan loya.
  • Menguatkan kestabilan dan keseimbangan tubuh badan.
  • Meningkatkan tahap fokus ketika melihat sesuatu objek di persekitaran.
  • Menstabilkan pandangan terutamanya ketika kepala atau badan bergerak.
  • Menggalakan pesakit vertigo untuk melakukan aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan risiko jatuh atau kecederaan fizikal.
  • Memberi keyakinan diri dan motivasi untuk mengatasi simptom vertigo.

Apa yang melibatkan pemulihan vestibular?

Setiap program bagi pemulihan vestibular disesuaikan mengikut keperluan spesifik pesakit vertigo berdasarkan diagnosis yang mengambil kira faktor sejarah medikal, pemeriksaan fizikal, dan gejala vertigo. Penilaian klinikal ini dilakukan oleh doktor anda sebelum diteruskan dengan fisioterapi.

Walaupun modul senaman mungkin berbeza antara pusat pemulihan, terdapatempat teknik asas yang selalu ditekankan dalam pemulihan vestibular.

Penyesuaian (Habituation)

Senaman penyesuaian meletakkan pesakit vertigo dalam situasi yang boleh menimbulkan rasa pening pada tahap ringan.

Anda akandidedahkan dengan kerap dan secara berulang kepada pergerakan atau rangsangan visualyang boleh mengembalikan simptom vertigo. Lama-kelamaan, sistem saraf pusat anda akan menjadi terbiasa dengan sensasi tersebut sehingga anda tidak lagi terkesan.

Jenis senaman ini sesuai jika gejala vertigo andasemakin teruk apabila:

  • Menggerakkan atau memusingkan kepala anda dengan pantas
  • Menukar kepada posisi yang berbeza (seperti membongkok untuk mengambil barang di atas lantai dan kemudian mendongak ke atas)
  • Melihat rangsangan visual yang tinggi (seperti menonton paparan aksi atau sukan, berjalan atas karpet yang penuh dengan corak, berada di tempat yang dipenuhi orang ramai)

Senaman penyesuaiandilakukan secara berulang kali sambil mata terbuka dan tertutup. Antara contoh senaman penyesuaian ialah:

  • pergerakan kepala ke kiri dan ke kanan
  • pemusingan kepala secara bulatan
  • berjalan sambil memusingkan kepala
  • mengambil bola di atas lantai kemudian mengangkatnya ke atas kepala

Kestabilan pandangan (Gaze stabilisation)

Terapi untuk kestabilan pandangan berguna untukmemulihkan refleks vestibular-okular (VOR)—iaitu keupayaan untuk mengawal pergerakan mata ketika kepala anda sedang bergerak.

Jenis senaman ini sesuai jika anda mengalami:

  • masalah untuk melihat dengan jelas kerana persekitaran kelihatan bergerak ketika anda membaca, berjalan, menukar posisi, atau sedang mengenalpasti sesuatu objek.

Senaman bagi kestabilan pandangan juga dilakukan secara berulang, dengan cara:

  • menetapkan mata pada satu objek dan menggerakan kepala dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah, sambil mata anda fokus kepada target tersebut.

Jika prestasi terapi anda semakin baik, ahli fisioterapi akan meminta untuk meningkatkan kelajuan pergerakan kepala anda secara beransur-ansur.

Latihan keseimbangan(Balance training)

Latihan keseimbangan adalah salah satu teknik utama dalam pemulihan vestibular. Ia memainkan peranan yang penting untuk menguatkan keteguhan tubuh supaya anda dapat melakukan aktiviti seharian dengan risiko jatuh yang minimal.

Contoh senaman bagi latihan keseimbangan adalah dengan melakukan senaman:

  • sambil mata tertutup.
  • di atas permukaan yang berbeza.
  • di atas tapak yang sempit.
  • sambil menukar posisi kaki.
  • sambil melakukan aktiviti fizikal lain.

Melalui latihan ini, anda boleh belajar untukmengatasi cabaran dalam persekitaranseperti berjalan dalam gelap, menaiki tangga, atau berjalan atas permukaan yang tidak rata. Lama-kelamaan, anda berupaya untuk melakukan rutin seharian sama ada di rumah, tempat kerja, mahupun di tempat awam tanpa terjejas oleh simptom vertigo anda.

Teknik mengubah posisiCanalith(Canalith repositioning)

Juga dikenali sebagaiEpley’s Maneuver, jenis latihan ini adalahspesifik untukpesakitBenign Paroxysmal Positional Vertigo(BPPV).

Canalithadalah kalsium karbonat dalam bentuk partikel kristal yang terletak dalam telinga dalam anda. Apabila terdapat kecederaan atau jangkitan,canalithboleh tersalah masuk ke dalam bahagiansemicircular canalyang berfungsi untuk mengawal keseimbangan. Komplikasi ini akan mengganggu fungsisemicircular canaldan mengakibatkan BPPV di mana keseimbangan anda terjejas.

Untuk mengembalikancanalithke kedudukan asal,ahli fisioterapi akan melakukan pelbagai gerakan kepada kepala andasecara perlahan-lahan untuk mengeluarkancanalithdaripadasemicircular canals.

Teknik mengubah posisi Canalith kebiasaan perlu dilakukan oleh ahli fisioterapi yang mahir.

Berapa lamakah pemulihan vestibular?

Tempoh masa bagi terapi pemulihan vestibular kebiasaan mengambilantara enam hingga lapan minggu, JIKALAUanda konsisten:

  • hadir setiap program pemulihan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam seminggu.
  • mempraktikkan senaman kendiri di rumah.

Sesetengah pesakit vertigo hanya memerlukan satu atau dua kali sesi terapi fizikal sahaja untuk pulih. Anda mungkin dibenarkan untuk fokus pada senaman kendiri di rumah sahaja jika prestasi pemulihan anda semakin baik.

Sesi pemulihan anda lebihberkemungkinan untuk dipanjangkandari biasa atas sebab berikut:

  • simptom vertigo anda lebih serius
  • sistem badan anda menunjukkan tindak balas yang agak perlahan dalam fisioterapi
  • anda gagal mematuhi rutin program seperti yang ditetapkan oleh ahli fisioterapi seperti ponteng sesi terapi atau tidak rajin melakukan senaman kendiri di rumah

Petua penyediaan untuk rawatan fisioterapi

Menghadiri rawatan fisioterapi boleh menimbulkan rasa gemuruh dan stress, terutamanya jika ia adalah sesi pertama anda. Elakkan daripada menjangka bahawa anda akan pulih dengan serta-merta kerana proses pemulihan perlu mengambil masa.

Sebagai pesakit vertigo, anda boleh membuat persiapan diri sebelum sesi rawatan fisioterapi seperti:

  • Mengisi perut secara ringan beberapa jam sebelum sesi fisioterapi untuk mengurangkan rasa loya dan pening ketika senaman.
  • Pastikan anda ditemani oleh individu yang boleh memandu anda ke pusat pemulihan. Anda tidak dinasihatkan untuk memandu kereta atau menaiki motosikal tanpa peneman.
  • Tiba awal di pusat pemulihan supaya anda boleh menenangkan diri.
  • Memakai pakaian yang longgar dan selesa, sebaiknya pakaian dan kasut sukan.

Faktor yang boleh mengehadkan pemulihan

Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menjadikan proses pemulihan anda beransur panjang seperti:

Umur

Individu yang berumur dan warga emas memerlukan lebih banyak sokongan fizikal dalam sesi fisioterapi. Program senaman mereka juga mungkin harus diubah suai beberapa kali mengikut keselesaan disebabkan oleh pelbagai isu kesihatan (komorbiditi).

Kehilangan pendengaran

Pesakit vertigo yang mempunyaimasalah pendengaranmungkin mengambil lebih masa untuk menerima arahan dari ahli fisioterapi.

Gangguan muskuloskeletal

Masalah musculoskeletal yang melibatkan bahagian otot, tulang, sendi, saraf, dan ligamen boleh menyulitkan proses pemulihan vestibular. Anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada ahli fisioterapi jika anda ada masalah sakit pinggang, sakit leher, postur badan yang tidak betul, dan arthritis.

Takut untuk jatuh atau bergerak

Oleh kerana ada kemungkinan untuk jatuh lebih dari sekali semasa melakukan terapi pemulihan vestibular, sesetengah pesakit vertigo barangkali akan mengelak daripada mencuba dan mengulangi senaman. Mereka juga mungkin hilang motivasi untuk melakukan senaman kendiri di rumah. Hal ini boleh mengganggu prestasi dan melambatkan proses pemulihan vertigo.

Masalah kognitif

Warga emas yang sering lupa disebabkan faktor usia atau penyakit mental seperti Alzheimer akan mengalami kesukaran untuk mengingat kembali senaman yang telah diajar.

Memakai cermin mata multifokal

Pemakai cermin mata bifokal atau lensa progresif (yang terdapat lebih dari satu kekuatan optikal) mungkin lebih sukar untuk fokus pada target ketika melakukan senaman untuk kestabilan pandangan.

Kualiti tidur yang terjejas

Individu yang mengalami gangguan atau kitarantiduryang tidak tetap boleh menjadikan rasa pening bertambah teruk.

Bagaimana jika pemulihan vestibular tidak efektif?

Ada kemungkinan gejala vertigo anda tidak bertambah baik atau menjadi lebih teruk, walaupun selepas menjalani terapi pemulihan vestibular.

Antara sebab pemulihan vestibular mungkin tidak berkesan adalah:

  • Tidak melakukan senaman dengan cara atau urutan yang betul.
  • Tidak memaklumkan kepada ahli fisioterapi tentang masalah otot, tulang, sendi, atau saraf yang sedia ada.
  • Tidak memberitahu ahli fisioterapi tentang simptom vertigo anda yang tidak berkurangan.
  • Mengalami stress.

Oleh itu, anda hendaklahmelaporkan kepada ahli fisioterapitentang sebarang pengalaman mengenai gejala vertigo anda, atau jika anda mengalami kesakitan ketika melakukan senaman fisioterapi. Hal ini adalah penting agar ahli fisioterapi boleh mengubah suai teknik senaman mengikut keadaan kesihatan anda untuk memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar.

Rawatan fisioterapi di rumah dengan

Individu yang memerlukan fisioterapi, termasuk pesakit vertigo, tidak berupaya untuk bergerak seperti biasa akibat kecederaan fizikal atau komplikasi kesihatan yang menghalang mereka untuk menjadi cergas. Bagi keadaan sebegini, mendapatkan rawatan dari keselesaan rumah mungkin adalah pilihan yang terbaik buat mereka.

Kami di sangat menitikberatkan kesenangan anda sebagai pesakit untuk menikmati sesi terapi fizikal secara persendirian. Anda juga tidak perlu bimbang akan keselamatan diri kerana sesi terapi akan dikendalikan oleh para fisioterapi kami yang berkelayakan dan terlatih.

Jika berminat, anda bolehklik di siniuntuk ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan fisioterapi kami. Anda boleh juga mengisi ruang dibawah untuk mendapatkan perkhidmatan kami.

References

Ageing Skin: What Can You Do About It?

Procedures & Treatments

3 Easy Steps to Reverse Grey Hair Naturally

Procedures & Treatments

Info Lengkap Tentang Kardiomiopati

Procedures & Treatments

Experts’ Top 5 Anti-Ageing Tips for Your 30s

Perlukan Bantuan Penjagaan?

Jika anda atau ahli keluarga memerlukan bantuan penjagaan untuk kondisi ini, kami sedia membantu.

🔍 Cari Penjaga Terlatih →

Penjaga kami terlatih untuk membantu pesakit dengan pelbagai kondisi kesihatan termasuk:

  • Demensia dan Alzheimer
  • Strok dan pemulihan
  • Diabetes dan penjagaan harian
  • Penjagaan paliatif

💬 WhatsApp Kami untuk konsultasi percuma.

WhatsApp